Thailand antara negara yang merekodkan kehilangan pasport Malaysia paling tinggi dengan 90 peratus kehilangan dokumen itu dilaporkan berlaku di kawasan beli-belah utama di sekitar bandar raya ini.
Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan 87 keping dokumen tersebut hilang daripada simpanan pemiliknya.
"Kebanyakan kehilangan pasport negara ini berlaku di Pratunam, sebuah kawasan beli-belah terbuka yang terkenal di tengah-tengah kota Bangkok. Kehilangan (pasport) juga berlaku di Chatuchak (pasar mingguan terkenal)," demikian menurut sumber kedutaan kepada Bernama baru-baru ini.
Sumber yang memohon identitinya tidak didedahkan atas faktor bidang kuasa, berkata punca utama kehilangan pasport ialah kecuaian pemegang sendiri yang kadangkala terlalu leka membeli-belah sehingga tidak sedar dokumen itu hilang.
"Kerap kali rakyat Malaysia itu sendiri tidak menganggap pasport mereka sebagai dokumen yang amat penting dan oleh itu tidak menjaganya dengan baik. Mereka meletakkan pasport di tempat yang mudah tercicir atau mudah dicuri," katanya.
Thailand merupakan antara destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia dengan 3.3 juta melawat negara ini tahun lepas menurut Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.
Malah, rakyat Malaysia merupakan kumpulan pelancong asing kedua terbesar melawat Thailand selepas China yang menyumbang lebih sembilan juta pelawat tahun lalu.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata rakyat Malaysia perlu dididik untuk melihat pasport sebagai 'nyawa kedua' mereka setiap kali berada di luar negara.
Ditanya kemungkinan punca kehilangan pasport Malaysia yang tinggi di Thailand disebabkan dokumen itu menjadi sasaran sindiket penjenayah, sumber tersebut tidak boleh mengesahkan mahupun menolak kemungkinan berkenaan.
Bagaimanapun katanya pasport Malaysia 'amat berkuasa' dan tidak mustahil dokumen itu menjadi buruan sindiket penjenayah terutamanya yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan pasport antarabangsa.
Tahun lepas, The Henley Passport Index mengiktiraf pasport Malaysia sebagai antara paling berkuasa di dunia kerana pemiliknya dibenarkan memasuki 166 negara tanpa memerlukan visa.
Dalam satu temu bual dengan Bernama dua tahun lepas, Pesuruhjaya Polis Imigresen Thailand Lt. Jen Nathathorn Proisoonthorn ketika itu mengakui akan daya tarikan pasport Malaysia di mata sindiket pemalsuan pasport di Thailand.
Menurutnya, ini disebabkan pasport Malaysia memiliki kelebihan dan kemudahan tanpa visa yang amat diperlukan oleh pelanggan sindiket, terutamanya mereka dari negara seperti Sri Lanka, India, Bangladesh, Pakistan dan China.
Dua minggu lepas, seorang lelaki dari Sri Lanka ditahan pegawai Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok kerana cuba menaiki penerbangan ke Perancis menggunakan pasport palsu Malaysia.
Thailand dengan industri pelancongannya yang pesat dikatakan antara pusat utama sindiket pemalsuan pasport dan dokumen perjalanan antarabangsa di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018
Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan 87 keping dokumen tersebut hilang daripada simpanan pemiliknya.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.