MALAYSIA
Thailand gagalkan cubaan seludup 450,000 pil yaba ke Malaysia

Dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan haram Sungai Golok. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450,000 biji pil yaba bernilai 13.5 juta baht (RM1.8 juta) ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier, semalam.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450,000 biji pil yaba bernilai RM1.8 juta ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier, hasil risikan yang dijalankan di Sungai Golok.
- Dadah tersebut dipercayai akan diseludup masuk melalui laluan haram dan dijual pada harga kira-kira 30 baht sebiji, namun tiada individu hadir untuk mengambil bungkusan berkenaan sebelum ia dirampas dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
- Operasi rampasan dilakukan di bawah arahan Gabenor Wilayah Narathiwat dan pihak berkuasa Thailand komited memperketat kawalan sempadan bagi menghalang kemasukan dadah ke Malaysia yang sering menjadi sasaran sindiket penyeludupan.
"Bagaimanapun, tiada sesiapa hadir dan semua dadah telah dirampas serta dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Supeeyan berkata dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan haram Sungai Golok dan setiap pil dijual pada harga pasaran kira-kira 30 baht sebiji.
Rampasan dilakukan kira-kira pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia) di bawah arahan Gabenor Wilayah Narathiwat Lt Muda Trakul Thodham.
Beliau berkata pihaknya komited memperketat kawalan bagi menghalang kemasukan dadah ke Malaysia, yang sering menjadi sasaran sindiket penyeludupan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami