awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand musnahkan lebih 2 juta produk tiruan bernilai RM175 juta

Bernama
Bernama
03/09/2018
22:39 MYT
Thailand musnahkan lebih 2 juta produk tiruan bernilai RM175 juta
Jeneral Prawit Wongsuwan menyaksikan tindakan melupuskan lebih dua juta barangan tiruan bernilai 1.4 bilion Baht (RM175 juta) di Bangkok, 3 Sept, 2018. Youtube Bernama WebTV
Pihak berkuasa Thailand sedang memperhebatkan tindakan terhadap pengeluaran dan penjualan produk tiruan dalam usaha memulihkan imej negara itu yang dikenali sebagai syurga untuk barangan tiruan berjenama terkenal.
Dalam majlis yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan, pihak berkuasa negara itu melupuskan lebih dua juta barangan tiruan bernilai 1.4 bilion Baht (RM175 juta) di sini hari ini.
"Kami akan meneruskan usaha ini dan tidak akan menghentikan tindakan terhadap barangan palsu. Kerajaan berharap rakyat akan berganding bahu untuk melupuskan sebarang bentuk produk palsu dalam negara," katanya kepada media selepas majlis itu.
Produk tiruan yang dimusnahkan tersebut itu adalah hasil rampasan daripada pelbagai operasi yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Thailand, Jabatan Kastam dan Jabatan Siasatan Khas.
Barangan tiruan yang dimusnahkan itu adalah berjenama pereka terkenal antara lain, jam tangan, tali pinggang, pakaian, beg, kosmetik, kasut dan telefon bimbit.
Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, berkata jumlah besar pelupusan barangan tiruan dalam majlis seperti itu pada hari ini dan tahun lepas telah membantu Thailand keluar daripada indeks utama Senarai Pemantauan Utama Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).
Bagaimanapun, Thailand kekal dalam senarai USTR.
Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa kerajaan negara itu meletakkan keutamaan tinggi terhadap hak milik harta intelek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barangan palsu
#barangan tiruan
#hak milik harta intelek
#kastam
#musnah
#operasi
#pelupusan
#polis
#Prawit Wongsuwan
#rampasan
#Senarai Pemantauan Utama
#siasatan khas
#Thailand
#tindakan
#tiruan
#USTR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan