BANGKOK: Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin COVID-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan atau booster, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata, Lembaga Vaksin Kebangsaan merancang untuk membeli pelbagai jenis vaksin termasuk vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik), pada tahun depan.
Beliau berkata, Institut Vaksin Kebangsaan merancang untuk memperoleh masing-masing sebanyak 50 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, vaksin mRNA dan AstraZeneca.
Katanya, ia termasuk vaksin generasi kedua yang mempunyai kemampuan untuk memberi perlindungan terhadap varian terkini dan varian lain pada masa depan, jika berjaya dibangunkan oleh mana-mana syarikat.
"Kuantiti dan bila penghantaran dibuat akan dibincangkan kemudian," katanya.
Sejak program vaksinasi bermula 28 Februari lalu, Thailand telah memberikan 26.83 juta dos vaksin termasuk 8,393 dos booster untuk petugas barisan hadapan.
Berikutan kebimbangan mengenai varian Delta, pihak berkuasa kesihatan sedang melakukan kajian mengenai pemberian suntikan booster sebagai perlindungan terhadap varian Delta.
Sementara itu, Thailand melaporkan 19,014 kes baharu COVID-19 dan 233 lagi kematian, dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 1,049,295 dan 9,320 kematian.
Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan kes baharu itu termasuk 19,004 penularan tempatan dan 10 kes import.
Bagi kes kematian terkini ia melibatkan 140 lelaki dan 93 wanita berusia antara tujuh bulan dan 101 tahun, termasuk empat warga Myanmar, masing-masing seorang warga Singapura, China dan Laos. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin COVID-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan atau booster, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak. - Gambar fail REUTERS
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.