HATYAI: Thailand sedia bekal semula lembu dengan mematuhi semua peraturan dan prosedur import yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, khususnya untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti.
Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Ternakan, Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand (DLD), Dr. Wacharapon Chotiyaputta memberitahu Bernama, negaranya mempunyai kemudahan, kapasiti dan bekalan yang mencukupi untuk eksport.
Pemain industri, termasuk pengeksport dan penternak lembu di Thailand memberi jaminan akan mematuhi peraturan dan prosedur import Malaysia untuk memastikan ternakan bebas daripada penyakit.
Pada 7 Jun, 2021, JPV menggantung import lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta merta selepas menilai risiko penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan di lebih 41 wilayah di Thailand.
Ketetapan itu diambil bagi membendung risiko penularan penyakit LSD dari Thailand, demi kepentingan industri penternakan ruminan Malaysia.
Selepas beberapa perjumpaan, perbincangan dan penambahbaikan beberapa peraturan dan prosedur import, JPV menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta merta pada 15 Mac lepas.
Sementara itu, Presiden Sri Wichai (Phatthalung) Beef Producer Cooperative Ltd, Supak Thammaphet berkata, pihaknya kini mempunyai bekalan lembu dan kerbau yang mencukupi untuk dieksport ke Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, semua lembu yang bakal dieksport ke Malaysia akan lengkap divaksin dan dikuarantin selama 28 hari di pusat-pusat kuarantin yang diluluskan DLD.
Pada 2021, Malaysia mengimport sebanyak 12,405 ekor lembu dari Thailand sempena sambutan Aidiladha berbanding 12,553 ekor pada tahun 2020.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Dr Azhari Sharidan Abu Bakar menyarankan semua pemain industri, termasuk pengimport, peraih dan penternak memberi kerjasama dengan memastikan import ternakan dari Thailand mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Langkah ini adalah penting untuk mengawal penyakit seperti seperti LSD, Food and Mouth Disease (FMD) dan Tuberculosis.
"Kita perlu memastikan kesihatan awam terjamin dan ternakan tempatan tidak terdedah kepada penyakit," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, antara peraturan dan prosedur import yang telah ditambahbaik termasuk tempoh kuarantin selama 35 hari di fasiliti kuarantin bagi lembu ternakan dan tenusu manakala 28 hari kuarantin bagi lembu sembelihan.
Sementara itu, Kaunselor Pertanian Pejabat Penasihat Pertanian Bangkok, Hairuddin Maslan berharap semua pihak di Thailand mematuhi protokol yang ditambahbaik agar dapat memenuhi permintaan keperluan lembu bagi sambutan Aidiladha tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Thailand sedia bekal semula lembu dengan mematuhi semua peraturan dan prosedur import yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, khususnya untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti. - Gambar hiasan BERNAMA
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.