awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/01/2024
02:45 MYT
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves menjadi tumpuan penganut Hindu, bukan sahaja dari Kuala Lumpur, bahkan dari seluruh negara. - Gambar SHAFIZAN JOHARI/Astro AWANI
BATU CAVES: Saban tahun, di awal tahun lebih tepatnya, Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves menjadi tumpuan penganut Hindu, bukan sahaja dari Kuala Lumpur, bahkan dari seluruh negara.
Sambutan Hari Thaipusam, selain di Perak dan Pulau Pinang, di Batu Caves, seperti kebiasaannya akan dilimpahi dengan lautan manusia seawal jam 6 pagi.
Tahun ini, keadaanya juga sama dengan kuil itu dipenuhi penganut yang menurut kepercayaan, mereka mengabdikan diri kepada Tuhan, berharap dosa mereka pada tahun lepas dihapuskan.
Majoriti hadir dengan pakaian berwarna kuning, ribuan jumlahnya yang sudah hadir sejak awal pagi.
Bahkan, beberapa penganut memberitahu jumlah pengunjung pada tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas, malah tahun-tahun sebelumnya juga.
“Kami memang datang sini setiap tahun tapi tahun ini memang rasa berbeza. Nampak ramai betul tahun ini.
“Nak masuk dalam pun agak sesak, memang betul-betul ramai,” kata M Malarvili yang ditemui di hadapan kuil pada Khamis.
Pandangan sama turut disuarakan S Nathan, 40, yang teruja melihat ramai hadir, jauh berbeza dengan tahun 2021, ketika negara masih berperang dengan COVID-19.
“Saya ada masa tahun 2021 dulu. Masa itu memang tidak ramai, tahun ini memang berbeza. Sungguh meriah,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Alvin Chapman meluahkan rasa kagum melihat kemeriahan sambutan pada tahun ini.
“Sudah dua minggu saya berada di Malaysia, datang ke sini pun secara kebetulan. Rakan bawa saya ke sini.
“Saya memang sangat kagum… melihat bagaimana penganut begitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Sangat mengagumkan. Ini sesuatu yang tiada di negara saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hari Thaipusam
#Kuil Sri Subramaniar
#Batu Caves
#penganut hindu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan