TH Properties Sdn Bhd (THP), anak syarikat pembangunan milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini menafikan tuduhan penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Tuduhan yang tidak berasas ini telah dibuat oleh seorang blogger yang mengandaikan TH mempunyai peranan dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dimiliki oleh Putera Al-Waleed bin Talal, kata THP dalam satu kenyataan.
Tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada satu laporan berita pada bulan Mac 2017 yang menyebut Crestmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dijalankan oleh Putera Khaled, anak lelaki kepada putera Al-Waleed bin Talal, telah membuat pelaburan sebanyak US$100 juta ke dalam Piety Investments, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sydney.
"Dakwaan TH serta anak syarikatnya terlibat dalam pengubahan wang haram adalah palsu dan tidak berasas.
"TH dan anak syarikatnya berpegang kepada hak untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam hal ini," katanya.
TH mempunyai beberapa pelaburan dengan Piety Group dalam projek pembangunan kediaman di Sydney.
Semua pelaburan telah dibuat secara langsung oleh THP daripada dana dalaman, THP tidak pernah memohon atau memperolehi dana daripada Crestmount Capital mahupun pelabur-pelabur asing yang lain, jelas THP.
THP telah mendapat semua kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia dan Australia untuk projeknya di Sydney.
"THP tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang urusan (jika ada) antara Crestmount Capital dan Piety Group. Tuduhan bahawa dana dari Crestmount telah tercemar hanya dibuat oleh blogger terbabit sahaja, yang mana dia harus bertanggungjawab" kata THP.
Sebagai sebuah organisasi dengan tanggungjawab kepada para pendeposit, TH Group memandang serius tuduhan palsu yang boleh membawa kesan buruk kepada reputasinya dan mewujudkan kebimbangan tidak berasas di kalangan pendeposit.
"TH Group sentiasa memastikan bahawa perniagaan dan pelaburannya dijalankan dengan efektif, selaras dengan prinsip-prinsip Islam melalui tadbir urus korporat dan prinsip-prinsip perniagaan yang terbaik yang memberikan keutamaan kepada integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata THP.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2017
TH Group sentiasa memastikan perniagaan dan pelaburannya dijalankan dengan efektif, selaras dengan prinsip Islam melalui tadbir urus korporat dan prinsip perniagaan yang terbaik, memberi keutamaan kepada integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Harga tanah dijangka naik mendadak akibat pembelian berterusan pemaju - RHB Investment
Persaingan mengumpul tanah dirancakkan lagi berikutan kemasukan pelaburan langsung asing.
Pemaju waspada kenaikan kos susulan prestasi semasa ringgit - Sime Darby Property
Setiap satu peratus susut nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu "kejituan".
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu dalam persekitaran dagangan kurang menggalakkan dalam kebanyakan sesi.
Sektor hartanah kekal lembap, ketidaktentuan pasaran beri impak kepada pembeli
Kenaikan kos buruh dan harga bahan mentah turut menjadi punca kepada kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah.
Taikun hartanah Ting Pek Khiing meninggal dunia
Memetik laporan Seehua, hartawan pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia pada petang Jumaat.
Scientex sasar bina 50,000 unit rumah mampu milik menjelang 2028
Pemaju hartanah, Scientex Bhd merancang untuk membina 50,000 unit rumah berkualiti pada harga berpatutan di seluruh negara menjelang 2028.
THP nafi dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram
Tuduhan yang tidak berasas ini telah dibuat oleh seorang blogger yang mengandaikan TH mempunyai peranan dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dimiliki oleh Putera Al-Waleed bin Talal.
Langkah pemaju beri pinjaman tingkat risiko hutang isi rumah - Fitch
Langkah itu juga, tegas Fitch, hanya bertentangan dengan pendekatan yang diperkenalkan oleh BNM sejak enam tahun lepas bagi mengawal kenaikan hutang isi rumah.