SEREMBAN: Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) memutuskan tiada aktiviti ibadah korban dibenarkan di seluruh negeri ini sempena Aidiladha Selasa depan.
JMNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan solat sunat Aidiladha pula dihadkan kepada 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau Jumaat sahaja, namun bagi daerah atau lokaliti yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ibadah solat sunat itu masih tidak dibenarkan.
"Keputusan ini diambil atas syor dan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sembilan dan Majlis Keselamatan Negara. Ia mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
"Ketetapan sedemikian perlu diambil bagi menyahut nasihat kerajaan agar semua bentuk aktiviti berkumpulan dikawal bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Semua pihak perlu memberi kerjasama menangani wabak ini," menurut kenyataan itu hari ini.
JMNS turut memaklumkan berdasarkan data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan setakat 8 Julai lepas, terdapat 50,130 kes positif COVID-19 secara kumulatif dan sebanyak 456 orang telah meninggal dunia akibat wabak itu.
Menurutnya JKNNS turut mengesan 13 kes dijangkiti virus dikategorikan sebagai membimbangkan, yang terdiri daripada tujuh kes Varian Beta dan enam kes Varian Delta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Solat sunat Aidiladha dihadkan kepada 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau Jumaat sahaja, bagi daerah atau lokaliti di bawah kawasan PKPD, ibadah solat sunat itu masih tidak dibenarkan. - Gambar fail
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Tiada aktiviti ibadah korban di N.Sembilan, solat sunat dihad 12 jemaah
Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) memutuskan tiada aktiviti ibadah korban dibenarkan di seluruh negeri ini sempena Aidiladha Selasa depan.