KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel, kata Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.
Beliau berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa.
"Ia bergantung kepada jawatankuasa pengurusan tabika itu...sebenarnya niat mereka baik untuk cuba memberi satu pengiktirafan dengan mengadakan konvokesyen di tempat yang cantik dan menarik tetapi perkara ini tiada garis panduan, arahan serta pekeliling yang menyatakan ia perlu diadakan di hotel.
"Kita mengambil maklum perkara ini, ia suatu perkara yang kita ambil perhatian," katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Mini Usahawan Desa di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan ibu bapa di beberapa platform di media sosial yang tidak bersetuju majlis konvokesyen anak mereka diadakan di hotel atau lokasi yang memerlukan perbelanjaan besar.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kemas Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata pihaknya telah memaklumkan kepada semua pengarah negeri agar setiap tabika serta taska mengadakan mesyuarat dengan ibu bapa bagi menentukan lokasi majlis graduasi mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
"Di peringkat jabatan kita tidak mengeluarkan peruntukan khusus. Kita juga beri arahan supaya pengarah negeri memantau dari segi perancangan program," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Rubiah berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa. - Gambar fail/Bernama
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.