awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan wajib syarikat besar sertai Payung Rahmah

Bernama
Bernama
18/07/2023
06:02 MYT
Tiada cadangan wajib syarikat besar sertai Payung Rahmah
Salahuddin berkata setakat 30 Jun lepas, terdapat 2,922 pengusaha makanan di seluruh negara menyertai inisiatif Payung Rahmah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan syarikat besar di negara ini menyertai inisiatif Payung Rahmah kerana pelaksanaannya pada peringkat awal bersifat sukarela.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata bagaimanapun, mereka sangat digalakkan untuk menawarkan pelbagai pakej di bawah inisiatif itu bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
"Sebenarnya tidak perlu untuk kerajaan wajibkan kerana pada mula kita laksanakan inisiatif, kita sudah adakan sesi libat urus dengan pihak industri, malah apabila kita nyatakan hasrat untuk bantu golongan rakyat yang terkesan akibat kos sara hidup, ramai yang secara sukarela menawarkan beberapa Pakej Rahmah.
"Ia bermula dengan Menu Rahmah, kemudian melibatkan industri makanan, butik pakaian, pasar raya dan industri kesihatan. Jadi, walaupun ada kebimbangan bahawa ia hanya bersifat sementara, saya yakin program ini akan terus mendapat dukungan dan hari ini, terbukti AirAsia telah menjadi sebahagian daripada rakan strategik kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersama AirAsia Superapp di KL Sentral di sini hari ini.
Salahuddin berkata setakat 30 Jun lepas, terdapat 2,922 pengusaha makanan di seluruh negara menyertai inisiatif Payung Rahmah, manakala untuk Jualan Rahmah, sebanyak 19 pasar raya besar dan pasar raya rangkaian di 215 kawasan Parlimen terlibat.
"Bagi Pakej Rahmah pula, ia meliputi sembilan rakan strategik selain kita turut mengedarkan 75,842 Bakul Rahmah di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#Salahuddin Ayub
#Syarikat besar
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan