awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/02/2021
20:55 MYT
Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan SOP. - Fotofail
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan bahawa tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29,936 calon di negeri Kedah didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berkenaan berjalan sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, Pengarahnya, Dr Fikri Ujang menyatakan bahawa JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti saringan ke atas calon-calon.
Menurutnya, mana-mana calon yang didapati bergejala, akan terlebih dahulu diasingkan bagi proses pemeriksaan sebelum diletakkan di tempat berasingan bagi mengambil peperiksaan.
Manakala, bagi calon yang didapati positif COVID-19 tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan SPM, dan akan diberikan tarikh baharu untuk berbuat demikian.
"Tak ada lagi laporan bahawa pelajar SPM di Kedah ini yang positif. Walaubagaimanapun kita dimaklumkan Kementerian Pendidikan telah melaksanakan SOP yang ketat di mana pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil peperiksaan akan disaring.
'Sekiranya mereka ini bergejala dia akan diasingkan dan pihak kesihatan akan dimaklumkan dan akan datang memberi pemeriksaan sama ada ini adalah tanda-tanda COVID-19 ataupun tidak," Dr Fikri berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau turut berharap agar ibu bapa dan tenaga pengajar dapat memainkan peranan penting dalam memastikan keseluruhan pelajar yang akan memulakan sesi persekolah, pada Isnin dapat mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan.
Tambahnya, ianya termasuklah peringatan agar anak masing-masing dapat mengamalkan kelaziman baharu di sekolah seperti amalan penjarakan fizikal selain kerap mencuci tangan.
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#COVID-19
#calon
#peperiksaan
#Kedah
#Kementerian Pendidikan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan