Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak campur tangan berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya.
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa PMO langsung tidak mengetahui hasil keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
Malah, katanya Mahkamah Persekutuan bebas sepenuhnya dalam membuat keputusan.
"Semua kata-kata sindiran kononnya PMO mengetahui keputusan itu terlebih dahulu adalah salah, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Ini diperkukuhkan oleh hakikat bahawa pemohon (Anwar) telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi," kata beliau.
Sehubungan itu, katanya, sebarang kata-kata sindiran selanjutnya adalah tidak benar, berniat buruk, tidak mempunyai sebarang merit dan perlu ditolak sama sekali.
Ahmad Kamal berhujah tidak ada komunikasi dibuat di antara PMO dan Mahkamah Persekutuan sama ada sebelum atau selepas keputusan itu disampaikan.
"Afidavit balasan yang diikrarkan oleh Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad selaku pengarah Bahagian Media di PMO menjelaskan bahawa adalah menjadi amalan biasa bagi PMO untuk mengeluarkan jawapan segera melalui kenyataan media mengenai perkara itu," katanya.
Tengku Shariffuddin telah memfailkan afidavit itu untuk menjawab afidavit Anwar bagi menyokong permohonan semakannya terhadap sabitan liwat.
Ahmad Kamal berhujah demikian pada perbicaraan mendengar permohonan semakan Anwar untuk mengetepikan sabitan liwat dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.
Rayuan itu didengar oleh barisan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Ahmad Kamal menjelaskan adalah menjadi amalan biasa bagi PMO untuk menyediakan dua kenyataan media kerana keputusan mahkamah membabitkan satu daripada dua kemungkinan iaitu dibebaskan atau disabitkan.
Mengenai tingkah laku peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah yang sebelum ini mengetuai rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, yang mendengar keterangan dalam prosiding tertutup, semasa mengadakan jelajah selepas keputusan itu, Ahmad Kamal berkata dakwaan tingkah laku itu tidak mempengaruhi Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan.
"Jika ada pun tingkah laku seumpama itu, yang saya katakan tidak, ia sudah pun berlalu dan harus diketepikan," katanya sambil memberitahu tingkah laku Muhammad Shafee tidak mempunyai kesan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.
Mengenai integriti bukti pada permaidani, KY Jelly dan DNA yang dibangkitkan Datuk Sri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar, Ahmad Kamal menegaskan perkara itu tidak relevan dalam permohonan semakan.
Beliau berkata perkara itu hanya relevan di peringkat rayuan dan walaupun mahkamah tersalah mengguna pakai perkara undang-undang, mahkamah itu tidak boleh membuat kesimpulan yang lain.
Ahmad Kamal berkata isu mengenai apa yang dikatakan salah penilaian bukti atau penyalaharahan adalah bercanggah dengan kuasa semakan mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan dan pemohon (Anwar) telah gagal mengemukakan aduannya mengikut aturan berkenaan.
Sebelum itu, Sri Ram berhujah bahawa kenyataan PMO yang dikeluarkan dalam tempoh 15 minit selepas keputusan mahkamah disampaikan menunjukkan adanya konspirasi politik terhadap anak guamnya selain PMO mempunyai kepentingan peribadi dalam kes itu.
Sri Ram berkata bukan menjadi amalan PMO untuk mengeluarkan kenyataan media atau komen dalam kes jenayah.
Beliau juga membangkitkan tingkah laku Muhammad Shafee kerana mengadakan jelajah selepas mahkamah membuat keputusan, dan berkata ia bertujuan mencemarkan reputasi Anwar kerana beliau telah mendedahkannya dalam prosiding berkamera pada forum awam.
"Beliau mendedahkan keterangan yang diberikan secara tertutup pada satu acara umum. Tingkah lakunya bermotifkan politik. Beliau adalah boneka dan dalang bonekanya berada di tempat lain," kata Sri Ram.
Menurutnya beliau mengamalkan profesyen itu selama 50 tahun tetapi pernah menyaksikan seorang timbalan pendakwa raya mengadakan jelajah untuk memberi penerangan kepada umum mengenai apa yang berlaku dalam prosiding tertutup kerana mereka adalah profesional.
Panel hakim kemudian menangguhkan penghakiman mengenai permohonan semakan Anwar hingga ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Hakim Zulkefli berkata panel hakim tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru kerana mereka perlu mempertimbang penghujahan daripada pihak pembela dan pendakwaan.
Anwar, 69, memfailkan permohonan semakan memohon Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan, pada 10 Feb 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul seawal 7 pagi di luar Istana Kehakiman tetapi tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Bernama
Wed Oct 12 2016
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan permohonan akhir bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.