KUALA LUMPUR:Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini turut memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang bergantung hidup memperoleh pendapatan harian seperti peniaga kecil dan pemandu teksi.
Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Datuk Mohamad Abdullah berkata keputusan itu membolehkan kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil di bawah persatuan meneruskan perniagaan mereka yang kini masih dalam fasa pemulihan.
"Cuba bayangkan dalam keadaan sekarang pun susah nak berniaga sebab pelanggan kurang disebabkan oleh wabak COVID-19, apatah lagi jika darurat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Titah Al-Sultan Abdullah itu dizahirkan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain menilai situasi semasa yang sedang dihadapi negara.
Mohamad yang memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berkata tindakan Seri Paduka telah 'menyelamatkan' banyak pihak yang masih terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Katanya, ramai penganggur kini menjadikan perniagaan kecil-kecilan sebagai 'talian hayat' terakhir untuk mereka meneruskan kelangsungan kehidupan bagi menyara keluarga dan membayar segala komitmen bulanan.
Sehubungan itu, beliau berkata Al-Sultan Abdullah dilihat telah membuat keputusan tepat dengan mengambil kira kegelisahan dan masalah dihadapi rakyat ketika ini, diputuskan secara bijaksana, tidak mengikut emosi dan tanpa mengikut kehendak ahli politik.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (PERJIWA) Zailani Isaisuludin berkata titah Seri Paduka itu juga amat dinanti-nanti mereka yang berada dalam sektor pengangkutan awam memandangkan golongan ini juga terjejas teruk sejak penularan wabak COVID-19, di negara ini.
Katanya, ramai pemandu teksi mengeluh sumber pendapatan terjejas apabila orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatan teksi dan sekiranya darurat dilaksanakan ia akan memberi impak lebih buruk kepada industri pengangkutan.
"Seri Paduka selaku ketua negara lebih arif dan prihatin keadaan rakyat, justeru keputusan tidak mengisytihar darurat mengambil kira keperluan dan kebajikan semua lapisan masyarakat yang menerima impaknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020
Keputusan tidak isytihar darurat membolehkan kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil di bawah persatuan penjaja meneruskan perniagaan mereka yang kini masih dalam fasa pemulihan. -Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Titah Diraja YDP Agong sempena sambutan Maulidur Rasul
Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M.
Perlu ambil serius titah Sultan Selangor dalam isu rasuah - Najwan Halimi
Najwan Halimi menjelaskan titah Sultan Selangor itu merupakan satu bentuk teguran dan nasihat yang perlu diberi perhatian.
Kerajaan beri perhatian titah YDP Agong - Annuar Musa
Annuar menjelaskan menerusi Pelan Pemuliah Negara (PPN) yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kerajaan telah menyatakan parlimen akan bersidang seawal September.
Pas yakin titah Agong berhubung sidang Parlimen selaras komitmen kerajaan
Pas juga menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong berhubung mempercepatkan pemberian vaksin serta pentingnya memiliki kerajaan yang stabil.
Sekatan pergerakan kendiri perlu untuk putuskan rantaian jangkitan - Sultan Johor
Sultan Ibrahim bertitah, dengan lebih 7,400 kes dicatatkan semalam, situasi itu amat membimbangkan serta memerlukan hampir semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan.
Ayuh kita buang ego, duduk semeja demi rakyat - Nazri Aziz
Nazri berkata, semua ahli parlimen perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar bekerja untuk rakyat bukan lebih mementingkan jawatan.
Berunding biarlah di luar Parlimen, secara tertutup - Dr Aziz Bari
Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari mencadangkan rundingan antara kerajaan dan pihak pembangkang perlu dilakukan di luar Parlimen.
Pembangkang akan sokong RUU yang bawa kebaikan - Fahmi Fadzil
Fahmi menjelaskan ketika sidang Dewan Rakyat sebelum ini, ahli-ahli parlimen pembangkang menyokong RUU berkaitan COVID-19.
Parlimen: Cadangan pinda elak lompat parti, isu audio curi tumpuan minggu kedua
Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang diteruskan Isnin lepas sehingga semalam mencatat seramai 78 Ahli Parlimen selesai berbahas.
COVID-19: Rakyat perlu taat titah Yang di-Pertuan Agong - Prof Dr Shamrahayu
Apa yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong menunjukkan keprihatinan seorang ketua utama negara dalam memastikan hidup rakyat baginda teratur.