awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada doktor terlibat ProSPEC terbeban bayaran balik pembiayaan

Bernama
Bernama
23/05/2023
05:27 MYT
Tiada doktor terlibat ProSPEC terbeban bayaran balik pembiayaan
Rubiah berkata U.n.i Klinik telah membuka peluang keusahawanan kepada para doktor dan setakat ini seramai 55 orang doktor telah membuka klinik sendiri meliputi 66 cawangan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada laporan menyatakan doktor yang terlibat dalam Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) terbeban dengan bayaran balik pembiayaan perniagaan setakat ini, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata program itu yang mula diperkenalkan pada 2018, bertujuan membantu usahawan dalam bidang profesional untuk membangunkan perniagaan dengan pelaksanaan awal memberi fokus kepada bidang perubatan.
"Fokus ProSPEC adalah melalui pewujudan jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i Klinik dengan imej korporat seragam dan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar berpatutan.
"Setakat ini tiada laporan menyatakan doktor (yang terlibat) menyatakan mereka terbeban. Respons kepada perkhidmatan ini amat baik dan mendapat komen yang agak bagus kerana menambah perkhidmatan di negara kita," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu apakah jaminan jangka panjang yang akan dipertimbangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memastikan klinik MARA yang dikendalikan doktor kontrak dapat bertahan tanpa membebankan mereka untuk membuat bayaran balik pembiayaan.
Mengulas lanjut, Rubiah berkata dengan kewujudan U.n.i Klinik, ia telah membuka peluang keusahawanan kepada para doktor dan setakat ini seramai 55 orang doktor telah membuka klinik sendiri meliputi 66 cawangan.
Beliau berkata ia juga telah mewujudkan hampir 235 peluang pekerjaan.
"Melihat perkembangan baik ini, program ini dikembangkan kepada bidang farmasi dan pergigian dan kini U.n.i Farmasi mempunyai 15 cawangan manakala U.n.i Dental mempunyai 16 cawangan dan telah mewujudkan 109 peluang pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rubiah Wang
#Doktor
#ProSPEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan