awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada dokumen asli: MAHB tidak akan berkompromi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/01/2018
13:48 MYT
Tiada dokumen asli: MAHB tidak akan berkompromi
MAHB turut menafikan laporan berita tersebut yang menyatakan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditinggalkan berseorangan di klia2. - Foto Fail
Malaysia Aiports Holdings Berhad (MAHB) tidak akan berkomprimi dalam membenarkan mana-mana individu menaiki pesawat tanpa dokumen asli.
Memetik laporan sebuah portal berita berhubung kejadian seorang kanak-kanak yang tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), MAHB menegaskan larangan itu dibuat bagi memastikan tahap keselamatan di semua peringkat terjamin.
"Kami memahami kesukaran yang dialami oleh ibu bapa kanak-kanak itu. Kami tidak boleh berkompromi dalam isu ini kerana tindakan itu adalah selaras dalam memastikan sempadan negara sentiasa terjamin selain keselamatan individu dan syarikat penerbangan.
"Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan setiap penumpang mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan asli sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat," memetik kenyataan media yang dikeluarkan MAHB di sini hari ini.
Mengulas lanjut, MAHB turut menafikan laporan berita tersebut yang menyatakan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditinggalkan berseorangan di klia2.
"Kami juga ingin menjelaskan bahawa kanak-kanak tersebut juga tidak ditinggalkan berseorangan di terminal seperti yang dilaporkan sebaliknya dia ditemani oleh pasangan dewasa selain kamera keselamatan turut merakamkan kanak-kanak berkenaan serta pasangan itu meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta pukul 1.48 petang," memetik laporan itu.
Malah, tegas MAHB tindakan kawalan keselamatan yang diambil itu disebabkan oleh beberapa kes pemerdangangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak.
Justeru, MAHB berharap orang awam memahami tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan lapangan terbang dan negara.
Memetik laporan portal berita Sarawak Voice semalam, seorang penjawat awam terpaksa meninggalkan anaknya keseorangan di klia2 selama sembilan jam selepas MyKid anaknya tercicir.
Pihak keselamatan MAHB tidak membenarkan kanak-kanak itu menaiki pesawat walaupun bapanya telah membuat laporan polis selain menunjukkan salinan MyKid dan sijil lahir anaknya itu.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#keselamatan sempadan
#KLIA2
#MAHB
#penerbangan
#pesawat
#tercicir dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan