Seorang juruteknik yang terdesak dengan keluarga pengantin perempuan meminta wang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka bertindak membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun RM10,000 oleh dua lelaki dalam kejadian di Perai Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata lelaki berumur 45 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 10.30 malam ketika melalui sebuah kilang percetakan.
"Juruteknik itu berkata semasa kejadian dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah sebelum dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ menyamunnya dan melarikan beg silang miliknya yang mengandungi wang tunai RM10,000 serta pelbagai dokumen peribadi," katanya di sini.
Katanya berdasarkan keterangan lelaki itu, polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu mendapati tidak berlaku sebarang kejadian samun di situ.
Beliau berkata keterangan yang diberikan lelaki itu juga mencurigakan dan polis kemudian menahan mangsa selepas dia mengaku membuat laporan palsu berikutan kesempitan wang dan mahu menangguhkan majlis perkahwinannya.
"Menurut juruteknik itu, keluarga pihak perempuan telah meminta wang untuk persiapan majlis perkahwinan yang berlangsung 25 Ogos ini menyebabkan dia berasa tertekan dan bertindak membuat laporan polis palsu mengatakan wang untuk majlis perkahwinan telah disamun. Dia telah bernikah dengan isterinya pada 15 Jun lepas," katanya.
Nik Ros Azhan berkata siasatan lanjut mendapati juruteknik itu pernah membuat laporan palsu pada 2010 dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berumur 31 tahun kerana memecah masuk sebuah kilang sebelum mencuri kabel elektrik yang terdapat di dalam premis berkenaan di kawasan Perindustrian Perai, di sini awal pagi semalam.
"Polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan kilang itu yang seorang lelaki telah memecah masuk premis berkenaan dan masih berada di dalam kilang tersebut namun pihak mereka gagal mencari suspek berkenaan," katanya.
Beliau berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan penggeledahan dan pencarian sebelum berjaya menahan lelaki itu bersama tiga gulung kabel elektrik yang dicurinya di dalam kilang tersebut serta tiga pemotong besi.
Katanya siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu memang terlibat dalam beberapa kes pecah kilang serta curi kabel elektrik yang terdapat di dalam premis berkenaan sejak awal tahun ini dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Polis menahan mangsa selepas dia mengaku membuat laporan palsu berikutan kesempitan wang dan mahu menangguhkan majlis perkahwinannya. - Gambar hiasan
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.