Skip to main content

Sukan

Wolves buat buat peminat Liverpool bersahur dalam air mata

Soccer Football - Premier League - Wolverhampton Wanderers v Liverpool - Molineux Stadium, Wolverhampton, Britain - March 3, 2026 Liverpool's Mohamed Salah looks dejected after Wolverhampton Wanderers' Andre scores their second goal Action Images via Reuters/
Salah kelihatan kecewa selepas pemain Wolverhampton Wanderers Andre menjaringkan gol kedua mereka ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool di Stadium Molineux, Wolverhampton, Britain, 3 Mac 2026. REUTERS

WOLVERHAMPTON Wanderers melakar kemenangan buat kali ketiga bagi musim 2025/2026 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liverpool menjadi mangsa terbaru mereka di Molineux.

Ia merupakan kemenangan berturut-turut pertama berjaya dilakar Wolves dalam aksi EPL buat pertama kali sejak April 2025.

Advertisement

Dengan penyingkiran daripada EPL hampir pasti, Wolves mempamerkan persembahan luar biasa sejak dua perlawanan terdahulu ketika berdepan Arsenal dan Aston Villa.

Dan menerima kunjungan Liverpool, mereka terpaksa menyerap asakan demi asakan serangan skuad kendalian Arne Slot itu di awal permainan.

Ternyata tenang bertahan, memaksa The Reds kian terdesak yang ketika turut berada dalam tekanan untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Ketekunan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil, Wolves berjaya membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-78 menerusi Rodrigo Gomes.

Liverpool berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Mo Salah pada minit ke-83 namun Wolves memastikan tiga mata penuh menerusi gol pada masa kecederaan yang disempurnakan oleh Andre.

 

Must Watch Video