Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pergerakan mana-mana Ahli Parlimen yang menyertai sebarang program untuk masuk ke Dewan Rakyat sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menegaskan, semua Ahli Parlimen dinasihatkan untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kita tidak ada kuasa untuk menghalang pergerakan Yang Berhormat di luar dewan dan sebagainya. Saya rasa selagi tidak dibuktikan mereka mempunyai gejala (COVID1-9), maka kita tidak boleh dihalang masuk ke Dewan ini.
"Tapi saya selalu tekankan pada setiap masa, Ahli Berhormat saya nasihatkan agar mematuhi semua SOP," katanya di Dewan Rakyat di hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membangkitkan isu sebelum sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong tentang Ahli Parlimen kerajaan yang memasuki Dewan Rakyat tidak memakai pelitup muka.
Rayer turut mencelah dan mempersoalkan apakah Ahli Parlimen yang hadir di perhimpunan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Selasa akan dikuarantin.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pihaknya akan mengesan mereka yang berhimpun di Kompleks Mahkamah semasa keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Jelasnya, ketika ini pihaknya sedang meneliti kesalahan berhimpun itu mengikut Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 29 2020
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menegaskan, semua Ahli Parlimen dinasihatkan untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.