KUALA LUMPUR:Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia awal tahun ini, sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia telah membuktikan tiada halangan dalam 'kamus kehidupan' mereka untuk terus berbakti kepada kelompok memerlukan.
Kelompok memerlukan itu tidak terhad kepada mereka yang berada dalam negara, malah pelarian dan kelompok terjejas di luar negara, termasuk di zon konflik dan bencana, turut dibantu.
Mereka sanggup berdepan dengan pelbagai risiko, termasuk ancaman COVID-19, semata-mata untuk memastikan kelompok memerlukan diberi perhatian, terutama dalam menyediakan keperluan asas makanan, perubatan dan bantuan yang lain.
"Sebagai seorang Islam adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Apa saja halangan (termasuk cabaran COVID-19), kita akan cuba atasi untuk berkhidmat," kata Bendahari Kehormat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Faris Hussain kepada Bernama sempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa semalam.
Mungkin ramai yang tidak tahu, seramai 10 sukarelawan MAPIM, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery kini berada di dalam wilayah bergolak Syria.
Sukarelawan MAPIM yang berlepas ke Turki sejak November lalu untuk memasuki Syria, antara lain dalam misi kemanusiaan mengagihkan 30 kontena bantuan musim sejuk (pakaian musim sejuk, selimut dan makanan), merasmikan sekolah dibina MAPIM di Idlib Syria, merasmikan kampung wakaf Malaysia untuk 1,000 pelarian Syria dan membina kilang roti.
Sepanjang tahun ini, komitmen sukarelawan Malaysia di arena antarabangsa jelas terbukti apabila beberapa NGO Malaysia, termasuk Malaysia For Syria (MFS), Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menghantar misi kemanusiaan ke luar negara walaupun berdepan risiko dijangkiti COVID-19.
Pada Ogos lalu, misalnya, ketiga-tiga NGO terbabit telah menghantar sukarelawan ke Lubnan selama dua minggu dengan bantuan kemanusiaan bernilai lebih RM200,000 yang terdiri daripada bantuan makanan, perubatan dan membaiki rumah ketika berlakunya insiden letupan besar di Pelabuhan Beirut.
"Jujurnya, misi ke Lubnan pada Ogos lalu adalah tanda terima kasih rakyat Malaysia kepada warga Lubnan yang selama ini membantu dan memberi perlindungan kepada pelarian Syria dan Palestin," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFS Syahrir Azfar.
Syahrir berkata sejak dua minggu lalu, seramai 50 sukarelawan anak muda Malaysia telah terbabit dalam urusan penyediaan bantuan musim sejuk membabitkan empat kontena dengan nilai bantuan RM1 juta.
Bantuan musim sejuk yang mengandungi pakaian musim sejuk, lampin pakai buang dan makanan itu disediakan dengan kerjasama MFS, GPM, MVM, Cinta Syria Malaysia (CSM), Peduli Insan Malaysia, MyFund Action, Rizk Ar-Rahman dan NGO Haluan.
"Empat kontena ini akan dihantar dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Beirut. Kita juga akan menghantar empat sukarelawan ke Lubnan pada misi kemanusiaan musim sejuk pada Januari nanti," kata Syahrir yang menceburi bidang sukarelawan sejak lebih 10 tahun lalu.
Tidak hanya menghulur bantuan di persada dunia, Sukarelawan Malaysia juga tidak ketinggalan menabur bakti di dalam negara, misalnya, sukarelawan Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Mercy Malaysia yang menggerakkan sukarelawannya membantu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) menangani COVID-19, termasuk di zon merah.
NGO perubatan terbabit turut menyumbang ubat-ubatan, peralatan perubatan dan alat perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka yang sebelum ini pernah mengalami kekurangan bekalan akibat permintaan mendadak di pasaran tempatan dan antarabangsa.
"Uniknya bagi IMARET (dan Mercy Malaysia), kebanyakan sukarelawan kita adalah merupakan barisan hadapan di hospital atau klinik, selepas waktu pejabat, mereka membantu secara sukarela," kata Koordinator Task Force COVID-19 IMARET Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim.
Katanya, beliau amat berbangga dengan sukarelawan Malaysia kerana ketika dunia diuji dengan pandemik COVID-19, ramai individu tampil ke depan untuk menjadi sukarelawan dan membantu walaupun kehidupan mereka juga terjejas.
Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' bagi mengoptimumkan peranan kelompok itu dalam situasi menangani pandemik COVID-19 dan juga membangunkan komuniti digital.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

Sepanjang tahun ini, komitmen sukarelawan Malaysia di arena antarabangsa jelas terbukti apabila beberapa NGO Malaysia menghantar misi kemanusiaan ke luar negara walaupun berdepan risiko dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan

Laporan khas | Ceroboh tanah Pahang, siapa yang khianat?
Pencerobohan tanah di Pahang bukan isu baharu sebaliknya ia berlaku sejak puluhan tahun dahulu. Langkah kerajaan pahang yang lebih tegas bermula Ogos lalu menyaksikan 204 pekebun durian musang king diberi notis pengosongan. Rayuan penangguhan pengosongan oleh pekebun ini ditolak Mahkamah Tinggi Kuantan pada 23 November lalu dan menetapkan notis pengosongan itu perlu dijalankan. Bagaimanapun notis pengosongan itu berjaya ditangguhkan atas kebenaran Mahkamah Rayuan dan segala aktiviti boleh berjalan seperti biasa sehingga semua prosiding selesai.

Harga sayur | Perubahan cuaca faktor harga sayur meningkat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pemantauan mendapati wujud kenaikan harga sayur-sayuran terutamanya Tomato dan Sawi. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia disebabkan perubahan cuaca yang terlampau dan musim tengkujuh di beberapa negeri Pantai Timur.

Kerjasama politik | Anwar beri bayangan kerjasama bentuk kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa daripada pihak kerajaan kini bersedia untuk membentuk kerajaan lebih stabil. Jelasnya, permuafakatan itu melepasi kepentingan parti politik demi rakyat dan negara.

Darurat | Majoriti Ahli Parlimen sudah hantar surat rayuan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan majoriti Ahli Parlimen ketika ini telah menghantar surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merayu mengugurkan pengisytiharan Darurat. Jelasnya, warkah itu bukan untuk membantah sebaliknya merayu ihsan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk melihat semula alasan dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Video tular | 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

PKPD di kampung Orang Asli di Batang Padang, Perak
Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Batang Padang, Perak. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan bermula esok (21 Disember) hingga 3 Februari 2021.
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/32204641261611145333851/1886449_8967789641611145356785_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
Dunia kini dilanda COVID-19. Namun, isu mahupun perihal politik tidak pernah berakhir. Astro AWANI mengumpul beberapa petikan ucapan para pemimpin dunia yang dilihat memberi tumpuan sepenuhnya mengekang wabak itu. Pada masa sama, mereka mengenepikan sementara perihal politik yang mungkin boleh menjejaskan usaha itu.

Muhammad Sajjad didakwa berpakaian seperti wanita ketika Majlis Solat Hajat
Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.
![AWANI Sarawak [20/01/2021] - Angka tertinggi | Air surut sepenuhnya | Bantuan sampai kepada rakyat AWANI Sarawak [20/01/2021] - Angka tertinggi | Air surut sepenuhnya | Bantuan sampai kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/7861514971611144041878/1886446_17223729871611144836167_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [20/01/2021] - Angka tertinggi | Air surut sepenuhnya | Bantuan sampai kepada rakyat
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - 203 kes positif COVID-19 di Sarawak, 120 daripadanya di Sibu. - Banjir di Sarawak pulih, PPS terakhir ditutup. - Penduduk di kawasan PKP terima bantuan makanan. Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![[INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 20 Januari 2021 [INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 20 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1371608641611140976175/1886443_8967789641611140992404_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 20 Januari 2021
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 20 Januari 2021.Sila klik video untuk berita selanjutnya.

Tiada halangan dalam 'kamus' sukarelawan Malaysia untuk terus berbakti
Kelompok memerlukan itu tidak terhad kepada mereka yang berada dalam negara, malah pelarian dan kelompok terjejas di luar negara, termasuk di zon konflik dan bencana, turut dibantu.

1M4U rancang program sukarelawan di seluruh negara secara serentak
1M4U turut mengambil inisiatif melancarkan aplikasi telefon pintar 1M4U bagi menghubungkan sukarelawan.