KANGAR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagaimana pun menegaskan, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023, mengenai garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan, yang dikeluarkan KPM.
"Sebenarnya KPM telah pun mengeluarkan garis panduan bagaimana tatacara kemasukan, bukan sahaja kepada orang kenamaan ahli politik tetapi kepada semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mesti mendapat kebenaran daripada KPM.
Proses itu telah kami perincikan dalam garis panduan tersebut, termasuklah kebenaran mesti diperolehi dalam tempoh 30 hari, kemudian siapa yang menjemput, siapa yang ingin masuk ke sekolah itu mesti mengemukakan permohonan dan mesti ada perincian program, objektif dan impak program tersebut," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang yang tidak dibenarkan masuk ke sekolah di sebuah negeri, untuk menghadiri program di sekolah tersebut.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata garis panduan itu terpakai kepada semua pihak dan KPM tidak ada masalah untuk membenarkan mana-mana individu masuk ke sekolah, sekiranya garis panduan itu dipatuhi.
"Untuk rekod kami kalau tidak ada permohonan memang tidak boleh masuk. Jadi menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga keselamatan dan kebajikan keseluruhan warga sekolah," katanya yang turut menegaskan bahawa KPM tidak 'pilih bulu' dalam perkara itu.
Mengenai isu guru bersara awal, Fadhlina berkata kementeriannya mengambil serius perkara itu dan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasinya, termasuk mengukuhkan ekosistem perguruan dengan menyediakan khidmat sokongan agar guru-guru dapat bertahan.
"KPM juga mengambil langkah meningkatkan profesionalisme guru, supaya mereka boleh bertahan dalam sistem pendidikan ini dengan sokongan mental, emosi, sokongan profesionalisme dan latihan pembangunan, supaya hala tuju kerjaya mereka dapat dilihat dengan jelas.
Sokongan-sokongan inilah yang akan mengukuhkan lagi ekosistem itu dan dalam masa yang sama, kita memang tidak ambil mudah isu-isu ini kerana penempatan guru dan kekurangan guru memberi kesan kepada sekolah dan sistem pendidikan," katanya.
Selain itu katanya, KPM turut mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk menggantikan segera guru yang bersara awal.
Terdahulu Fadhlina menghadiri majlis iftar bersama warga pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis di sini dan turut mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk penyelenggaraan IPG tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Menurut Fadhlina, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023. - Foto fail/BERNAMA

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina

Anwar mahu murid dilatih bersihkan tandas sekolah
Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

Pekeliling palsu arah pelajar tonton Anwar: The Untold Story, KPM buat laporan polis - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.

Kes buli: 'Ramai asyik tanya bila nak ambil tindakan' - Fadhlina jamin siasatan telus
KPM memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung isu buli dan beberapa isu berkaitan gejala sosial pelajar yang lain bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek
Setakat ini perkara itu telah berada dalam radar perbincangan peringkat KPM sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Sesi persekolahan 2024/2025 bermula Mac 2024
Sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025 bertujuan kembalikan sesi persekolahan 2026 kepada Januari.

Takwim sekolah mula Januari pada 2026 - Fadhlina
Fadhlina berkata kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Roland Sagah terkilan Fadhlina enggan bincang isu pendidikan mendesak di Sarawak
Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan percubaan kementeriannya untuk bertemu Fadhlina telah diabaikan sejak beliau memegang jawatan pada Disember 2022.

KPM tunggu laporan siasatan guru besar tampar murid
KPM sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu.

Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan - Fadhlina
Beliau berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.