awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada helikopter terhempas di Gua Musang - Polis

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2015
01:56 MYT
Tiada helikopter terhempas di Gua Musang - Polis
Bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan. - Gambar Fail
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan tiada insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang, Kelantan pada Rabu.
Kenyataan beliau merujuk kepada maklumat yang tersebar menerusi laman sosial serta panggilan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenai dakwaan individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang.
Pada lewat petang semalam, penduduk yang tinggal di Projek Agropolitan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan Rantau Manis gempar apabila mendakwa melihat objek menyerupai kapal terbang membuat penerbangan rendah di kawasan hutan berdekatan.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian..
Bagaimanapun, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan