Skip to main content

Malaysia

Tiada insiden banduan melarikan diri di Penjara Sungai Udang

MELAKA, 22 Jun -- KLUSTER TEMBOK SUNGAI UDANG ... Pemandangan pintu masuk Kompleks Penjara Sungai Udang yang terletak di Lebuh SPA ketika tinjauan hari ini. Kemasukan banduan baharu dari negeri lain dipercayai menjadi antara punca tercetusnya kluster Tembok Sungai Udang 2.0, sekali gus menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Penjara Sungai Udang selama dua minggu bermula esok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Jabatan Penjara, maklumat yang disebarkan adalah tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kegusaran serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan dakwaan yang tular kononnya berlaku insiden banduan melarikan diri dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan tiada sebarang kejadian banduan melarikan diri berlaku di penjara itu seperti yang didakwa. 

"Maklumat yang disebarkan adalah tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kegusaran serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat berkaitan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi jabatan bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Jabatan Penjara Malaysia memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penjara serta keselamatan awam. 

"Tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau tidak sahih selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement