MALAYSIA
Tiada istilah 'dwi-standard' dalam arahan kuarantin - PM
Muhyiddin berkata, beliau juga pada waktu ini sedang menjalani kuarantin di rumah. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Tiada istilah dwi-standard (double standard) diamalkan dalam arahan kuarantin di rumah seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau juga pada waktu ini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ini selepas saya mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri menteri yang kemudiannya disahkan positif COVID -19. Ini adalah SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan KKM.
“Sebagai Perdana Menteri, saya tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP ini dan ini adalah kali kedua saya menjalani kuarantin di rumah selepas COVID-19 melanda negara kita. Saya mesti patuh kepada peraturan.
“Bersama saya yang dikehendaki menjalani kuarantin di rumah ialah tujuh menteri dan enam timbalan menteri. Semua juga tak terkecuali untuk patuhi SOP ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.
BACA: COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)

#kuarantin
#Double standard
#KKM
#PM
#Perdana Menteri
#Muhyiddin
#Muhyiddin Yassin
#PKP
#PKPD
#PKPD secara bersasar
#SOP
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#menteri
#rumah