awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
06/10/2020
09:49 MYT
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 691 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 691 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam tempoh yang sama, Kedah merupakan negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 397 kes.
Kata beliau, daripada 397 kes di Kedah, sebanyak 394 jangkitan merupakan penularan di Kluster Tembok Penjara Alor Setar.
“Sebanyak 394 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok melibatkan Penjara di Kedah bersamaan 57 peratus dari jumlah keseluruhan kes.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 2,936 kes dan mereka telah diasingkan untuk rawatan,” katanya dalam sidang media menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.
BACA: Pengesanan kes secara bersasar: Ini sebab kenapa anda jangan panik
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
BACA: Bayi perempuan berusia setahun antara korban terbaharu COVID-19
Sementara itu, beliau berkata, Sabah pula mencatat negeri kedua angka tertinggi jangkitan untuk hari ini dengan 219 kes dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata, daripada 691 jangkitan baharu dalam negara, 688 merupakan kes penularan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 13,504 kes.
Pada Isnin, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan Malaysia mencatatkan 432 kes positif COVID-19.
Setakat ini terdapat sebanyak 87 kes yang dilaporkan telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dari jangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 10,427 kes.
Bagaimanapun, setakat hari ini terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan dan salah seorang daripadanya merupakan seorang bayi perempuan warga tempatan berumur setahun yang disahkan positif pada 5 Oktober sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang.
Topic Berkaitan
#kes COVID tertinggi
#Penjara Alor Setar
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kluster Tembok
#COVID-19
#coronavirus
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan