awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jumpa Agong semalam, hanya jumpa Timbalan Agong sebelum ini - Abang Johari

Bernama
Bernama
29/10/2021
09:21 MYT
Tiada jumpa Agong semalam, hanya jumpa Timbalan Agong sebelum ini - Abang Johari
Abang Johari hanya berpeluang menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini. - Foto fail Bernama
KUCHING: Tiada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) semalam, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Katanya, beliau hanya berpeluang menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini.
"Tiada perjumpaan (dengan Yang di-Pertuan Agong). Cuma ada berjumpa dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong (sebelum ini).
"Agong kita baru sahaja kembali ke tanah air, jadi Agong masih lagi nak melihat maklumat yang ada (membuat penilaian) dan selepas itu Yang Dipertua Negeri (Tun Abdul Taib Mahmud) akan menghadap Agong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membincangkan mengenai PRN Sarawak semalam.
Ogos lepas, perintah darurat dikuatkuasakan di Sarawak bagi membendung penularan COVID-19 susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sekali gus menyebabkan PRN12 tidak boleh diadakan meskipun tempoh DUN tamat Jun lepas.
Perintah Darurat di Sarawak dijadual tamat pada 2 Feb 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Abang Johari jumpa Agong
#Sarawak Darurat
#pilihan raya Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan