awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada kaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan kenaikan kes jenayah berat'

Israr Khalid
Israr Khalid
13/06/2022
23:10 MYT
'Tiada kaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan kenaikan kes jenayah berat'
WAN JUNAIDI: Kita dengar, tidak ada hubung kaitnya antara hukuman yang serius dan keupayaannya membendung jenayah itu. - Foto ihsan Pasukan Media Pejabat Menteri di JPM
KUALA LUMPUR: Tidak wujud sebarang kaitan antara pemansuhan hukuman mati mandatori dan kenaikan kes jenayah berat di negara ini, atau malah di mana-mana negara sekali pun, di dunia.
Demikian ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang bercakap berdasarkan pengalamannya bertemu dan terlibat dengan badan-badan dunia dan persidangan antarabangsa.
Ia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menurutnya, percaya bahawa hukuman mati tidak membawa kesan besar untuk menurunkan kadar jenayah berat terutamanya berkaitan dadah.
Katanya, perbincangan dengan pihak itu yang membawa kepada usaha memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, sehinggalah ia terlaksana pada 8 Jun tempoh hari.
“Saya banyak bincang dengan pihak-pihak tertentu termasuk UNESCO pada 2014 dan 2015, ketika saya di Kementerian Dalam Negeri, berhubung dengan kes hukuman mati mandatori di bawah undang-undang dadah (Akta Dadah Berbahaya 1952).
“Sebenarnya, pada ketika itu, menghadiri beberapa seminar antarabangsa, saya mendapati kita adalah segelintir kecil negara di dunia yang masih ada hukuman sebegitu.
"Tetapi, rata-rata ucapan yang kita dengar mengatakan, tidak ada hubung kaitnya antara hukuman yang serius dan keupayaannya membendung jenayah itu berlaku.”
Maksudnya, menurut Wan Junaidi, orang ramai bukannya gerun dengan hukuman mati itu sebaliknya terhadap tangkapan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI khas dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Tiada hubung kait pemansuhan hukuman mati mandatori dengan peningkatan jenayah berat - Wan Junaidi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#mati mandatori
#mansuh hukuman mati
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan