ALOR SETAR: Lembaga Maktab Mahmud menafikan dakwaan kononnya terdapat kartel dalam organisasi itu seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pengerusinya, Mohd Azam Abd Samat berkata, isu yang dibangkitkan menerusi video bertajuk 'Kartel politik Maktab Mahmud Sakau Projek Belasan Juta?' dan 'Lembaga Maktab Mahmud Problem' di beberapa platfom media sosial sejak 25 April (Khamis) lalu langsung tidak berasas.
“Pihak kami ingin menegaskan sekeras-kerasnya tuduhan yang ditularkan melalui video terbabit adalah tidak benar sama sekali.
"Laporan polis telah dibuat pada 28 April oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud bagi menafikan tuduhan itu dan tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang memuat naik dan menyebarkan video terbabit," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa malam.
Beliau yang juga Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri berkata, tiada kewujudan kartel politik seperti yang ditularkan dalam video pertama, dan isu pertukaran kakitangan yang dibuat oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud adalah demi kepentingan jabatan.
Selain itu, katanya, Lembaga Maktab Mahmud menafikan tuduhan berkaitan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dinyatakan di dalam video berkenaan.
"Manakala video kedua berkaitan isu pertengkaran antara kakitangan Lembaga Maktab Mahmud yang tular sejak 26 April (Rabu) lalu adalah video lama. Ia berlaku pada 5 Oktober 2023 dan pernah tular pada tahun lalu.
"Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
"Pengurusan Lembaga Maktab Mahmud sudah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu berkenaan," jelas beliau.
Sebelum ini, tular video berdurasi tiga minit 42 saat memaparkan 'perang mulut' di antara dua individu di sebuah institusi.
Video itu turut memaparkan beberapa dakwaan termasuk kartel daripada sebuah parti politik menguasai Lembaga Maktab Mahmud di Kedah.
"Kartel ini mengawal projek-projek cawangan Maktab Mahmud di seluruh Kedah bernilai jutaan ringgit.
"Kartel ini sangat berkuasa sehingga boleh menukar, pindah, berhentikan, bekukan mana-mana staf sesuka hati mereka," menurut petikan kapsyen dalam video itu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed May 01 2024
Video pertengkaran melibatkan kakitangan Lembaga Maktab Mahmud yang tular sejak 26 April lalu. -Media sosial
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.
SPRM tahan 32 individu termasuk doktor pakar di Pulau Pinang
Antara mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.
Armizan minta PM pertimbang tambah pegawai penyiasat MyCC
Komponen penguatkuasaan kementerian berkenaan turut mencakupi peranan MyCC, justeru wujud keperluan untuk membangunkan kapasiti suruhanjaya itu.
Usaha banteras rasuah perlu tekad semua pihak - PM
Tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah, penyeludupan dan kartel tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.