awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kebocoran data MyKad - JPN

Bernama
Bernama
05/12/2024
13:00 MYT
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
JPN memaklumkan hasil siasatan menunjukkan tiada kes seperti itu pernah berlaku, dan pihaknya telah berhubung dengan NACSA dan PDRM bagi membolehkan pihak berkaitan melakukan siasatan lanjut. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan menunjukkan tiada kes seperti itu pernah berlaku, dan pihaknya telah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pihak berkaitan melakukan siasatan lanjut.
"JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia di bawah jagaan JPN supaya terjamin dan dilindungi," menurut kenyataan itu.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memberi jaminan bahawa integriti data penduduk, termasuk maklumat MyKad sentiasa dijaga dengan teliti.
Ketua Pengarah NACSA Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin pula memaklumkan analisis awal mendapati dakwaan itu bukan sampel pelanggaran data baharu.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa turut mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kebocoran data MyKad, dan pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan kesahihan maklumat itu.
Sebelum ini, akaun X Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa data MyKad 17 juta rakyat Malaysia telah bocor dan dijual di 'dark web' atau laman web tertutup.
Akaun itu juga memuat naik sampel kad pengenalan yang didakwa bocor, menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kecurian identiti dan penipuan kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#keselamatan siber
#integriti
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan