SHAH ALAM: Pekeliling baharu Kementerian Pendidikan untuk tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 dikeluarkan setelah penelitian yang lama, agar langkah itu memberi impak kepada pihak terlibat.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bukan mudah untuk kementeriannya membatalkan pekeliling asal berusia 34 tahun yang dilaksanakan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pelajaran.
"Susah nak batalkan pekeliling daripada bos sendiri.
"Kita ambil masa yang lama untuk melihat dan memastikan bahawa pekeliling (baharu) ini benar-benar boleh memberikan impak kepada anak-anak kita yang akan kita terjemahkan kepada murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera," katanya.
Ketua Wanita PKR itu berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati di sini hari ini.
Terdahulu, pembahas Kedah Habib Ahmad Muhaiyuddin dalam sesi perbahasannya memuji dan menyambut baik pekeliling baharu Kementerian Pendidikan itu.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 berkata tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan tersebut, bermula 19 Mac dan 20 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Beliau berkata fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi kali ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah.
Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah, manakala negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan) bermula esoknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Fadhlina berkata, bukan mudah untuk kementeriannya membatalkan pekeliling asal berusia 34 tahun yang dilaksanakan ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pelajaran. -Foto BERNAMA

Polis minta pemandu bas serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

KPM, KKR kerjasama pantau sekolah daif
KPM akan bekerjasama dengan KKR dalam usaha memantau bangunan sekolah daif di seluruh negara supaya keselamatan murid dapat diutamakan.

Bumbung satu blok SMK Cheras Jaya runtuh, tiada kecederaan dilaporkan
Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh tengah hari semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan berkenaan sejak Januari lalu.

KPT kemuka permohonan laksana semula MyBrain 15
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberita

IPT disaran tidak jadikan ranking sebagai fokus utama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan agar tidak menjadikan ranking dan penarafan antarabangsa sebagai fokus utama.

Soalan lewat diterima punca timbalan menteri gagal jawab - Pegawai
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling lewat menerima soalan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

KPM tumpu baiki, bina semula sekolah diisytihar tidak selamat, perlu diroboh
Agenda berkaitan pembangunan sekolah daif menjadi salah satu daripada Tujuh Teras Utama KPM.

Isu SJKT Sungai Bakap: KPM belum buat keputusan muktamad
KPM belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu menghentikan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu di SJKT Sungai Bakap berikutan masalah kekurangan dana.

Kes buli masih wujud kerana ibu bapa, guru tidak 'garang' seperti dahulu - Pakar kriminologi
Punca utama buli masih berlaku adalah kerana pemangsa mahu kelihatan hebat, kuat, dan gagah.

KPM cadang wajibkan pendidikan sekolah menengah
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiada keperluan tutup kantin sekolah sepanjang Ramadan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyifatkan tidak ada keperluan untuk menutup operasi kantin semasa bulan Ramadan.