Tiada kenaikan tinggi harga beberapa barangan terpilih di 9,500 premis bermula awal Januari sehingga akhir Mac tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu diperoleh dari hasil kutipan harga beberapa barangan keperluan pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
``Sebagai contoh, ayam bersih standart di semenanjung mengalami kenaikan sebanyak 10 sen dari RM7.60 pada Januari kepada RM7.70 pada Mac.
``Sementara penurunan dicatat di Sarawak dari RM9.10 kepada RM8.90 selain penurunan di Sabah dan Labuan,'' katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Jelas Muhyiddin, penurunan harga dicatat bagi ikan kembung hitam dan sedikit kenaikan harga bagi daging lembu tempatan di semenanjung.
``Di semenanjung harga ikan kembung hitam turun dari RM8.60 pada Januari kepada RM8.10 pada Mac.
``Namun harga runcit daging lembu tempatan menunjukkan kenaikan dari RM24.20 pada Januari kepada RM24.90 pada Mac,'' ujarnya.
Dalam pada itu kata Muhyiddin, kerajaan turut memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup lebih bijak.
``20 NGO pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan bekecuali akan mengadakan program di dalam setiap medium di setiap peringkat selain mensasar kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah,'' jelasnya.
Sementara itu, peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan diperkasakan dalam meningkat bekalan dan mengukuh edaran komoditi agromakanan.
``Sehingga pertengahan April, FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan RM14.2 juta bagi stok jualan atau simpanan komoditi produk agromakanan.
``Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA juga sedang menambah bilangan pasar tani borong dan kekal sebagai ruang pasaran tambahan produk agromakanan pada harga lebih rendah,'' ujarnya.
Selain itu katanya, beberapa pusat pengumpulan peladang juga akan ditambah bagi memastikan hasil peladang di bawa terus ke pusat pengumpulan sekali gus mengurangkan penglibatan orang tengah.
Muhyiddin turut memaklumkan kejayaan Ops Harga 2014 yang telah memeriksa 437,992 premis dan mengumumkan 2,925 daripadanya telah diambil tindakan undang-undang melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550.
Pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup pada 5 Februari lepas, Muhyiddin mengumumkan kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini.
Katanya, ahli jawatankuasa khas tersebut turut memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh mengenai konsesi tol dengan semua syarikat konsesi bagi mencari jalan untuk tidak menaikkan tol pada masa hadapan.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 24 2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Gambar Fail
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian
Ada pihak menipu dan memperdaya usahawan dengan mendakwa mereka adalah perunding atau orang tengah yang dilantik KPDNHEP.
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
16 barangan harga terkawal musim Deepavali
Sebanyak 16 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Deepavali pada 6 Nov ini.