awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
25/09/2023
10:35 MYT
Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata Akta Perihal Dagangan 2011 dan undang-undang subsidiari seperti Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta enakmen di negeri sedia ada masih relevan dalam memenuhi kehendak serta keperluan semasa negara.
Katanya untuk menggubal akta khusus berkaitan halal, perkata itu memerlukan penelitianterhadap pelbagai undang-undang yang sedang berkuat kuasa sama ada undang-undang Persekutuan atau negeri.
"Buat masa ini, kerajaan berpandangan bahawa penggunaan undang-undang sedia serta enakmen di negeri masih relevan dan memenuhi kehendak dan keperluan semasa," katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Negara hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata 8,272 syarikat kategori industri memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ketika ini, manakala jumlah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memegang SPHM ialah 7,306 syarikat.
Menurutnya daripada jumlah itu, 3,270 merupakan pemegang SPHM kategori syarikat bumiputera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#pensijilan halal
#gubal akta baharu
#Akta Perihal Dagangan 2011
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan