awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN

Bernama
Bernama
09/03/2024
10:05 MYT
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Mohd Zuki berkata segala perkara atau isu membabitkan penjawat awam boleh dirujuk dan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
Beliau berkata segala perkara atau isu membabitkan penjawat awam boleh dirujuk dan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang meliputi aspek perkhidmatan serta tadbir urus manakala sebarang tindakan, pertikaian atau isu yang timbul berkaitan sesuatu perkara boleh dirujuk kepada pekeliling sedia ada.
"Memadai dengan Jawatankuasa Tatatertib yang ada. Pekeliling perkhidmatan awam juga sudah mencukupi," katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Peneraju Transfromasi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini.Mohd Zuki berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agar Tribunal Penjawat Awam, yang dimansuhkan pada 1 Jan 2000, diwujudkan kembali.
Tribunal itu ditubuhkan kerajaan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 dengan peranan spesifik bagi menangani isu membabitkan saraan, terma dan syarat perkhidmatan susulan perubahan skim saraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#tribunal penjawat awam
#KSN
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan