awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes baharu, ini lima perkara penting sidang media JPBN Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
04/08/2020
09:48 MYT
Tiada kes baharu, ini lima perkara penting sidang media JPBN Sarawak
Warga Bumi Kenyalang digesa untuk terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak jangkitan COVID-19 seterusnya memutuskan rantaian wabak itu. - Gambar fail
Jumlah kes positif COVID-19 di negeri Sarawak kekal 678 kes setelah negeri itu tidak mencatatkan pertambahan kes positif terbaharu untuk empat hari berturut-turut.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian JPBN Sarawak di Kuching.
Bagaimanapun, warga Bumi Kenyalang digesa untuk terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak jangkitan COVID-19 seterusnya memutuskan rantaian wabak itu.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media JPBN Sarawak hari ini;
1) Lapan kes dilaporkan pulih dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS), menjadikan jumlah kes sembuh dan discaj meningkat kepada 607 kes atau 89.53 peratus.
2) 52 kes masih menerima rawatan di wad isolasi dan jumlah kematian kekal 19 kes atau 2.80 peratus.
3) Empat kes Person Under Investigation (PUI) terbaharu dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal.
4) Sejumlah 1,473 kenderaan telah diperiksa semasa melalui sekatan jalan raya antara zon 1 dan 2 di dua lokasi iaitu di daerah Simunjan dan Sri Aman.
5) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sembilan notis kompaun kerana tidak mematuhi SOP melibatkan empat di Padawan, dua di Kota Samarahan manakala satu notis masing-masing di Betong, Sarikei dan Miri.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#HUS
#JPBNS
#kes positif
#Kuching
#Sarawak
#Simunjan
#SOP
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan