awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun - Pengarah Kesihatan Terengganu

Bernama
Bernama
22/07/2020
01:01 MYT
Tiada kes COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun - Pengarah Kesihatan Terengganu
Semua anggota masyarakat digesa meningkatkan kawalan kendiri serta tidak berasa selesa dan alpa kerana masih terdapat risiko jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan satu kenyataan yang tular melalui Facebook sejak semalam kononnya terdapat seorang pesakit COVID-19 di Kampung Padang Jambu di Dungun.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan.
"Bagaimanapun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi bahawa terdapat seorang remaja perempuan yang mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) pada Ahad lepas (19 Julai).
"Remaja itu telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemantauan lanjut. Ujian PCR (polymerase chain reaction) bagi pengesanan COVID-19 telah dijalankan dan hasil keputusan yang diperoleh semalam (21 Julai) adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, jabatan amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan COVID-19 di Terengganu.
Dr Nor Azimi berkata semua anggota masyarakat digesa untuk meningkatkan kawalan kendiri serta tidak berasa selesa dan alpa kerana masih terdapat risiko jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
"Namun, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan berita dari sumber yang sahih dan betul sebelum menyebarkannya agar tidak menimbulkan kegusaran dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
"Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2020 serta membudayakan amalan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mengelakkan kawasan yang sesak, ruang yang sempit serta perbualan rapat.
"Amalkan 3W, iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau cecair pencuci tangan pembasmi kuman, memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam atau jika bergejala serta mematuhi amaran atau peringatan pihak KKM seperti bersalaman dan bersentuhan," katanya.
Selain itu, amalkan etika batuk atau bersin yang betul, duduk di rumah dan hanya keluar rumah jika mempunyai urusan penting, lakukan aktiviti disinfeksi dan dapatkan rawatan segera jika bergejala, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dungun
#etika batuk
#etika bersin
#gejala
#ILI
#jabatan kesihatan
#jangkitan
#Kampung Padang Jambu
#kawalan kendiri
#Kementerian Kesihatan
#Nor Azimi Yunus
#panik
#rawatan
#terengganu
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan