awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes terbaru keracunan metanol di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/09/2018
07:20 MYT
Tiada kes terbaru keracunan metanol di Perak
Setakat ini kekal lima kes melibatkan dua kematian dan tiga lagi menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Facebook @Hospital Raja Permaisuri Bainun
Tiada kes terbaru berkaitan keracunan metanol dilaporkan di Perak dalam tempoh 24 jam lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional Dan Sumber Manusia Negeri, A Sivanesan berkata, setakat ini kekal lima kes melibatkan dua kematian dan tiga lagi menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Menurut beliau, tiga yang masih dirawat termasuk dua kritikal di unit rawatan rapi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
"Tidak ada kes baharu direkodkan, pemeriksaan di semua 14 hospital juga mendapati, tiada mana-mana pesakit mengalami simptom keracunan metanol datang mendapatkan rawatan.
"Ini satu perkembangan yang baik untuk Perak setakat ini," katanya kepada media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Awam 2018 anjuran Quest International University Perak (QIUP) di pusat membeli belah Ipoh Parade, di sini, pada Jumaat.
Kesemua mangsa berusia 53 hingga 35 tahun mengalami simptom sesak nafas, sakit perut, loya dan muntah selepas disyaki mengambil minuman alkohol daripada jenama Grand Royal Whisky dan King Fisher Beer.
Dalam pada itu, Sivanesan mahu syarikat pengeluar minuman keras berkenaan tampil untuk memberikan penjelasan bagaimana kandungan metanol boleh terdapat dalam minuman bir tersebut.
Beliau memberitahu, kandungan metanol biasanya terdapat di dalam minuman keras dan bukannya bir yang lazimnya mempunyai kandungan alkohol rendah iaitu antara 4 hingga 6 peratus.
Katanya, pemeriksaan Jabatan Kesihatan dan hospital mendapati mangsa mengalami keracunan metanol dan pihak syarikat perlu tampil memberi penjelasan.
"Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan syarikat itu di Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#A Sivanesan
#arak
#grand royal whisky
#keracunan metanol
#king fisher beer
#minuman keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan