awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara kerana letusan Sinabung

Bernama
Bernama
06/02/2014
23:30 MYT
Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara kerana letusan Sinabung
Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS).
JAS dalam satu kenyataan Khamis menjelaskan bahawa bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat yang dicatat pada 3 petang Rabu di Cheras, Kuala Lumpur (IPU 107) dan Ipoh, Perak (124) adalah disebabkan kepekatan ozon di permukaan bumi yang tinggi ketika cerapan dilakukan.
Menurut JAS, pembentukan ozon di permukaan bumi berlaku setiap hari pada awal petang terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang padat dengan aliran trafik.
"Pelepasan sebatian organik meruap dan oksid-oksid nitrogen daripada ekzos motor bertindak semula jadi di bawah pengaruh cahaya matahari menghasilkan ozon di permukaan bumi dengan kepekatan tinggi.
"Kepekatan permukaan bumi yang tinggi ini tidak berpanjangan dan berlaku dalam tempoh satu hingga dua jam sahaja.
"Oleh itu, fenomena ini telah menyebabkan kualiti udara di kawasan bandar-bandar besar yang padat dengan trafik menjadi tidak sihat untuk sesuatu tempoh yang singkat," kata kenyataan itu.
JAS melaporkan bacaan IPU yang direkodkan pada 10 pagi Khamis menunjukkan sebanyak 33 kawasan mencatat status kualiti udara pada tahap baik, 19 kawasan pada tahap sederhana dan tiada kawasan pada tahap tidak sihat.
Berikutan cuaca panas dan kering, JAS mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#kualiti udara
#sinabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan