Tiada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri ‘dipegang’ oleh tauke judi bagi mengatur perpindahan dan penempatan mana-mana pegawai dan anggota polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau sekeras-kerasnya menafikan perkara berkenaan malah menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dan mengamalkan sifar toleransi terhadap kegiatan perjudian.
“Saya sering mengingatkan semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada semua peringkat pengarah jabatan PDRM sehingga ke peringkat Ketua Polis Daeah agar tidak sesekali terlibat dengan mana-mana kegiatan atau sindiket perjudian.
"Dakwaan pengaruh sindiket ini hingga boleh mengaturkan pegawai-pegawai tertentu untuk menduduki sesuatu jawatan itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini.
Abdul Hamid berkata perkara melibatkan perpindahan penempatan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan bersama Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah) dan 10 pengarah jabatan PDRM.
“Ini termasuklah dalam menentukan kedudukan mana-mana pegawai dan anggota polis setelah diadakan perdebatan, perbincangan dan komen termasuk penilaian oleh satu jawatankuasa dari Jabatan Pengurusan yang menilai kesesuaian dan potensi seseorang dinaikkan pangkat atau diletakkan ke satu-satu jawatan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hamid turut memberikan arahan agar kes fail dibuat untuk diambil tindakan dibawah Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap mana-mana sindiket perjudian yang dikenal pasti kerap menganjurkan kegiatan perjudian haram.
Beliau berkata agenda baik PDRM telah dirosakkan oleh sindiket-sindiket ini akibat daripada kegiatan perjudian haram mereka, meskipun amaran telah diberikan berulang-kali.
"Saya sudah keluarkan arahan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk melengkapkan kes-kes fail ke atas mereka untuk diambil tindakan dibawah POCA.
"Saya dah berikan amaran secukupnya. Sedangkan warga PDRM sendiri saya ambil tindakan dibawah POCA apatah lagi sindiket ini," katanya.
Beliau berkata banyak masalah telah ditimbulkan oleh sindiket perjudian ini sehinggakan mampu meruntuhkan rumah tangga seseorang.
"Ada laporan yang diterima sampai peti ais pun digadaikan oleh seorang kaki judi. Isteri telah pun menegah perbuatannya itu namun tidak dipeduli malah dipukulnya.
"Jijiknya judi ini, saya tidak boleh terima sekiranya terdapat pegawai-pegawai saya yang berkomplot dengan tauke-tauke judi," katanya sambil menegaskan tiada sebarang tangkapan terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam kegiatan perjudian setakat ini.
Abdul Hamid berkata beberapa pegawai dan anggota PDRM yang ditahan antaranya terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
"Daripada segi judi, belum ada ditahan tetapi daripada segi kegiatan lain, ada (ditahan) kerana menyalahgunakan kuasa. Bagi yang didapati berkompromi dengan 'tauke-tauke dadah' sudah mula diambil tindakan.
"Ada beberapa orang diambil tindakan. Bagi perjudian pula, sebagaimana yang dikatakan tadi, PDRM akan ambil tindakan dibawah POCA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Abdul Hamid berkata beberapa pegawai dan anggota PDRM yang ditahan antaranya terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.