Tiada kit ujian kendiri Influenza diluluskan MDA setakat ini

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat ini tidak mendaftarkan sebarang kit ujian kendiri Influenza kerana kebanyakan kit berkenaan mengesan kehadiran virus melalui sampel air liur.
Ringkasan AI
- MDA tidak mendaftarkan kit ujian kendiri Influenza kerana kebanyakan kit tersebut mengesan virus melalui sampel air liur dan dianggap kurang berkesan.
- Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, menyatakan bahawa pengambilan sampel melalui calitan hidung atau darah di bawah seliaan pengamal perubatan adalah lebih tepat untuk hasil yang tepat.
- KKM akan mencari alternatif ujian pengesanan yang mudah diakses dan berkesan bagi mengawal penularan Influenza tanpa mengancam kesihatan awam.
Beliau menjawab soalan Senator Azahar Hassan berhubung justifikasi Kementerian Kesihatan (KKM) yang belum meluluskan kit ujian kendiri untuk Influenza meskipun terdapat kes dan kebimbangan kesihatan awam bermusim.
Lukanisman berkata KKM akan mempertimbangkan alternatif ujian pengesanan yang mudah diakses dan berkesan bagi menangani kes jangkitan Influenza supaya penularan penyakit itu dapat dibendung serta tidak mengancam kesihatan awam.
Menjawab soalan tambahan Senator Dr R A Lingeswaran mengenai piawaian ditetapkan Malaysia susulan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kit ujian kendiri COVID-19 dan Influenza untuk kegunaan di rumah, Lukanisman berkata MDA meletakkan spesifikasi yang sangat tinggi bagi penggunaan kit ujian kendiri.
"Penggunaan kit ini perlu diambil serius kerana kita bimbang kit yang tidak sensitif akan disalahgunakan, contohnya bagi alasan cuti, dengan mendakwa mereka positif Influenza," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


