Tiada klausa dalam perjanjian ART benar pihak luar melangkaui undang-undang Malaysia - MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia.
Ringkasan AI
- MITI menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang atau peraturan domestik Malaysia.
- Kementerian menekankan bahawa pelaksanaan perjanjian tersebut haruslah selari dengan undang-undang dan peraturan tempatan tanpa menjejaskan kedaulatan ekonomi dan perlindungan industri domestik.
- Perjanjian ART tidak membatasi peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pembangunan ekonomi negara dan kerajaan masih mempunyai kuasa penuh untuk memperkukuh ekonomi domestik serta kesejahteraan rakyat.
MITI berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung jaminan kerajaan bahawa perjanjian ART tidak menjejaskan kedaulatan ekonomi dan perlindungan untuk industri domestik.
Kementerian itu berkata perjanjian berkenaan tidak mengikat Malaysia kepada sebarang komitmen komersial atau pelaburan secara paksa, sebaliknya ia memberi peluang kepada eksport dan pelaburan melalui mekanisme dan dasar yang saling menguntungkan tanpa mengorbankan autonomi dasar ekonomi negara, katanya.
Selain itu ia turut menegaskan tiada sebarang klausa dalam perjanjian berkenaan yang menjejaskan dasar Bumiputera atau menyediakan hak istimewa kepada syarikat Amerika Syarikat (AS).
"Dalam konteks peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perjanjian ART tidak mengehadkan peranan GLC dalam pembangunan ekonomi negara, malah kerajaan tetap berkuasa penuh untuk menentukan sokongan yang bersesuaian termasuk inisiatif yang bertujuan memperkukuh ekonomi domestik dan kesejahteraan rakyat," tambah MITI.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


