awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran dunia masuki era 'muflis air global'

Bernama
Bernama
21/01/2026
15:45 MYT
PBB beri amaran dunia masuki era 'muflis air global'
Penyusutan air bawah tanah yang kronik, peruntukan air yang berlebihan, kemerosotan tanah, penebangan hutan dan pencemaran, yang semuanya diburukkan lagi oleh perubahan iklim, telah menyebabkan banyak wilayah melangkaui had hidrologi masing-masing.
NEW YORK: Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Selasa memberi amaran bahawa dunia kini sedang memasuki era "muflis air global", lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Laporan PBB mengingatkan dunia mengenai 'muflis air global', disebabkan oleh penyusutan air bawah tanah, peruntukan air berlebihan, kemerosotan tanah, penebangan hutan, dan pencemaran yang diperparah oleh perubahan iklim.
  • Banyak wilayah di dunia kini melepasi kemampuan hidrologi mereka dan sistem air penting sudah muflis, kata ketua pengarang laporan PBB.
  • Lebih separuh tasik besar di dunia kehilangan air sejak awal 1990-an, menyebabkan kesan terhadap hampir satu perempat daripada populasi global, sementara penyusutan air bawah tanah dan mendapan tanah semakin meruncingkan krisis air global.

Laporan oleh Institut Air, Alam Sekitar dan Kesihatan Universiti PBB itu menyatakan bahawa penyusutan air bawah tanah yang kronik, peruntukan air yang berlebihan, kemerosotan tanah, penebangan hutan dan pencemaran, yang semuanya diburukkan lagi oleh perubahan iklim, telah menyebabkan banyak wilayah melangkaui had hidrologi masing-masing.
Menurut laporan itu, istilah yang biasa digunakan seperti "tekanan air" dan "krisis air" tidak lagi menggambarkan realiti di kebanyakan kawasan memandangkan sistem air telah beralih ke fasa pascakrisis yang ditandai dengan kehilangan yang tidak dapat dipulihkan serta ketidakupayaan untuk pulih ke tahap sejarah asal.
"Laporan ini mendedahkan kebenaran yang pahit: Banyak wilayah kini hidup melampaui kemampuan hidrologi mereka, dan banyak sistem air kritikal sudah pun muflis," kata ketua pengarangnya, Kaveh Madani.
Beliau berkata walaupun bukan semua lembangan sungai dan negara telah mencapai tahap itu, namun sistem utama dunia yang telah melepasi ambang itu sudah mencukupi untuk mengubah landskap risiko global.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa air permukaan dan tanah lembap sedang mengecut dengan pantas. Lebih separuh daripada tasik besar di dunia telah kehilangan air sejak awal 1990-an, sekali gus menjejaskan kira-kira satu perempat daripada populasi global.
Penyusutan air bawah tanah dan mendapan tanah menunjukkan bahawa rizab air yang tersembunyi kini semakin habis.
Kira-kira 70 peratus daripada akuifer utama dunia menunjukkan penurunan jangka panjang.
Menurut laporan itu lagi, mendapan tanah yang dikaitkan dengan pengepaman air bawah tanah secara berlebihan kini menjejaskan hampir dua bilion orang.
Selain itu, penurunan kualiti air terus mengurangkan jumlah air yang boleh digunakan dan mempercepatkan proses "kemuflisan" itu.
Laporan itu menggesa kerajaan untuk beralih daripada tindak balas krisis jangka pendek kepada "pengurusan kemuflisan."
Antara langkah yang disyorkan termasuk mengurangkan dan memperuntukkan semula permintaan air, membendung pencemaran dan pengambilan air secara haram, serta menetapkan semula agenda air global menjelang Persidangan Air PBB 2026.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#PBB
#amaran
#muflis air global
#krisis air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan