Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi berhubung kes penahanan 16 anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau memandang serius perkara berkenaan kerana polis sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan bukannya melakukan jenayah.
"Semalam dilaporkan seramai 16 pegawai dan anggota telah ditahan. Saya tidak akan berkompromi kerana harapkan pegar, pegar makan padi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-46 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini.
Semalam, PDRM mengumumkan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan tangkapan 16 anggota termasuk pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, tindakan tersebut menunjukkan keseriusan pihak polis dalam memastikan tiada dalam kalangan pegawai dan anggotanya yang terlibat dan bersekongkol dengan kegiatan jenayah bersindiket.
Ahmad Zahid berkata tindakan tidak bertanggungjawab oleh anggota dan pegawai polis seumpama itu dikhuatiri menyebabkan gejala negatif mudah menyerap masuk ke sekolah.
Beliau berkata selain pengedaran dadah di sekolah, jenayah lain seperti gengsterisme dan kongsi gelap di sekolah juga dikhuatiri berleluasa.
"Bagaimana kongsi gelap boleh masuk ke sekolah, bagaimana pengedar dadah boleh memberikan 'gula-gula'?
"Adakah sistem sekolah kita salah? Adakah sistem geopolitik kita salah, perlu diperbaiki? Semua pihak harus bertanggungjawab, sekolah tidak patut dipersalahkan, sistem sekolah tidak patut dipersalah, ibu bapa pelajar tidak patut dipersalahkan," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak supaya tidak menuding jari mencari kesalahan orang lain, sebaliknya bersama-sama bertanggungjawab memperbetulkan keadaan.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah meminta semua sekolah bermula daripada prasekolah sehingga sekolah menengah supaya menubuhkan Kelab Cegah Jenayah masing-masing.
Menurut Ahmad Zahid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga diminta memainkan peranan dalam melaksanakan penubuhan kelab berkenaan kerana melalui usaah itu, ia dapat mencegah jenayah di kalangan murid di peringkat awal.
--BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi berhubung kes penahanan 16 anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.