awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak

Bernama
Bernama
08/02/2024
06:10 MYT
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Saarani berkata, justifikasi terhadap terma ahli politik dan golongan profesional itu, sesuatu yang bersifat subjektif. - Gambar fail
IPOH: Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana justifikasi terhadap terma ahli politik dan golongan profesional itu, sesuatu yang bersifat subjektif.
"Perkara ini sesuatu yang sukar untuk kita letakkan penetapan atau kuota, kerana ada ahli politik itu datangnya juga dalam kalangan golongan profesional.
"Ia sesuatu yang bersifat subjektif dan susah untuk kita asingkan antara ahli politik dan golongan profesional. Jadi, kita tak bercadang untuk memisahkan atau menetapkan kuota itu," katanya selepas Majlis Amanat Perdana Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama Menteri Besar Perak, di sini hari ini.
Pada 5 Feb, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan agar separuh daripada Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), terdiri dalam kalangan golongan profesional.
Dalam titah sama, baginda berpandangan bukan sahaja ahli politik malah golongan profesional yang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan, di dalam pembangunan sesebuah bandar.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Saarani berkata Program Pra-Tahfiz KEMAS yang melibatkan 410 buah Tabika KEMAS di seluruh negeri, dijangka bakal memberi manfaat kepada 8,251 hufaz cilik menjelang 2026.
Beliau berkata program yang telah bermula pada awal Januari tahun ini, dilihat mampu memberi nilai tambah sekali gus memperkasa penghayatan Islam dan ilmu al-Quran, kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
"Apa pun saya amat mengharapkan ia bukanlah sekadar gah pada angkanya sahaja, tetapi lebih menakjubkan apabila kita mampu merealisasikannya," katanya.
Pada 9 Nov lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan Program Tabika Pra-Tahfiz di 10,843 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.
Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan, kurikulum sedia ada akan diperkukuh dan digabung jalin dengan ilmu akidah, ibadah, solat dan keagamaan kepada kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun yang belajar di tabika tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#ahli politik
#Ahli Majlis PBT
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan