awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kuota bagi wanita jadi juruterbang TUDM

Bernama
Bernama
09/12/2023
11:02 MYT
Tiada kuota bagi wanita jadi juruterbang TUDM
Mohd Asghar Khan berkata, wanita mempunyai peluang luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang, hanya perlu penuhi syarat dan kelayakan selain melepasi ujian ditetapkan. - Bernama
ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan juruterbang wanita, kata Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Beliau berkata golongan wanita mempunyai peluang yang cukup luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang dan mereka hanya perlu memenuhi syarat serta kelayakan selain melepasi ujian ditetapkan.
"Penglibatan wanita sebagai juruterbang bergantung kepada kemasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka harus lulus kelayakan, kena lulus pemeriksaan kesihatan 100 peratus seperti kami kehendaki dan lulus semua ujian altitud yang diperlukan.
"Semua sama untuk lelaki dan wanita, tiada diskriminasi... siapa yang layak, menepati syarat dan lulus dalam ujian penerbangan, dia layak dan itu baik untuk dia," katanya.
Mohd Asghar Khan berkata demikian kepada pemberita selepas Upacara Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara di sini hari ini.
Seramai 26 pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan INSPEN 2, yang terdiri daripada 18 pelatih juruterbang pesawat sayap kaku dan lapan pelatih juruterbang helikopter, menerima sayap penerbangan masing-masing pada majlis itu.
Mohd Asghar Khan turut menyeru golongan wanita yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau institusi pengajian tinggi lain agar menyertai ATM.
Beliau berkata pada masa ini, kemasukan wanita dalam pasukan pertahanan negara itu masih rendah dan golongan tersebut dialu-alukan menyertainya yang turut menawarkan pelbagai bidang lain termasuk kejuruteraan serta mekanikal.
"Kita ada banyak permohonan untuk masuk ATM... kebanyakan kemasukan adalah graduan dari UPNM tapi ada sesetengah bidang kita memerlukan bahagian undang-undang contohnya kita ambil graduan dari universiti lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Juruterbang
#TUDM
#juruterbang wanita
#Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan