SHAH ALAM: Suasana sayu memeluk tiga beradik yatim piatu apabila mereka tidak lagi dapat menikmati hidangan kari daging yang dimasak oleh bapa tercinta di pagi lebaran.
Anak sulung daripada tiga beradik tersebut, Nurmazarina Nasuha Mazlan,18 memaklumkan arwah bapanya, Mazlan Sallimin Abd Samad, 43, meninggal dunia akibat dijangkiti virus COVID-19 pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, arwah bapanya jarang memasak di dapur, jadi hidangan tersebut dianggap istimewa oleh mereka sekeluarga terutamanya apabila ia dihidangkan di pagi Hari Raya Aidilfitri.
"Mereka cakap rindu (pada arwah ayah) terutamanya menjelang raya kali ini kerana ayah sering masakkan kari daging untuk kami.
"Ayah jarang masak, jadi sekali dia masak memang sedaplah. tapi sekarang itulah, tak dapatlah (makan masakan ayah)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, di sini.
Mengulas lanjut, Nurmazarina Nasuha turut menceritakan detik-detik akhir dia bersama arwah ayahnya sebelum dijemput Ilahi.
Tidak cukup dengan kehilangan ayahanda tercinta, Nurmazarina Nasuha sekeluarga turut dikejutkan dengan pemergian ibunya, Norazlina Hamidan, 42, pada Februari lalu yang juga disebabkan oleh akibat wabak COVID-19.
Katanya, wabak berkenaan menyebabkan penyakit jantung yang dialami arwah ibunya bertambah buruk dan turut merosakkan paru-parunya.
Nurmazarina Nasuha berkata, arwah ibunya tidak banyak bercakap, namun berasa terkilan kerana tidak dijemput Ilahi bersama suaminya kerana merasakan dirinya membebankan anak-anaknya.
"Selepas ayah meninggal dunia, arwah ibu banyak termenung dan hilang semangat. Tapi ramai kawan-kawannya datang melawat untuk memberi semangat kepadanya.
"Tapi paling saya tidak suka bila saya dengar ibu saya cakap kenapalah dia tidak 'pergi' sekali dengan ayah kerana dia rasa dia menyusahkan orang lain. Dia nak mandi pun perlu dipapah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nurmazarina Nasuha berkata, banyak pihak memberikan sumbangan kepadanya dan adik-adiknya untuk persiapan menjelang lebaran seperti pakaian raya dan lain-lain.
Tidak cukup dengan itu, dia berkata, ramai kenalan arwah ayahnya turut memberikan sumbangan kewangan kepada mereka bertiga untuk kelangsungan hidup.
Nurmazarina Nasuha berkata, mereka akan berpindah ke kampungnya di Kampung Batu Laut, Tanjong Sepat sesudah proses pemindahan sekolah adik-adiknya Nurirdina Husna Mazlan, 17 dan Fatin Nuraina Mazlan, 14 dari Sekolah Menengah Seksyen 19, di sini ke Sekolah Menengah Kampung Batu Laut, Banting selesai.
"Sekarang dalam perbincangan juga kerana nak pindah Banting, jadi kalau boleh nak raya ke Kampung Jambai, Tapah, Perak kerana jarang pulang beraya di sana.
"Nanti selepas siap proses pemindahan sekolah adik-adik, saya pun akan pindah ke kampung, kemudian ayah saudara akan uruskan untuk saya ambil lesen kenderaan.
"Saya juga sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk sambung belajar di universiti tempatan atau Institut Pengajian Guru (IPG)," katanya.
Semasa Ramadan, Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Sinar Harian turut melawat keluarga Nurmazarina Nasuha di rumahnya di sini untuk memberikan sumbangan menerusi program program Sinar Kasih Ramadan (SKR) tahun ini.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 02 2022
Nurmazarina Nasuha (tengah) bersama arwah ayah dan ibu serta adik-beradiknya. - Foto Sinar Harian
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.