MELAKA: Pemergian penghibur Melaka yang mempunyai gaya tersendiri ketika membuat persembahan, Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Morten di sini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka selepas dimasukkan ke hospital itu akibat kemalangan jalan raya di Durian Daun pada Sabtu.
Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan pengebumian Allahyarham yang terkenal dengan pelbagai aksi ketika menyanyi termasuk melompat.
Perkara itu turut diakui rakannya, Zainal Omar, 66, yang memaklumkan, ramai yang mahu menyembahyangkan jenazah Allahyarham di Surau Al Abidin, Kampung Morten sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Dia yang masih terkejut dengan pemergian Allahyarham menyifatkan individu itu kaya dengan sikap menghormati tanpa mengira tua atau muda.
Katanya, Allahyarham yang sebelum ini popular menyanyikan lagu Hindustan era 60-an, merupakan pelanggan pertama yang datang ke kedai karaokenya yang ketika itu baru dibuka di Medan Selera Taman Perindustrian Bukit Rambai pada 2007.
"Selama mengenali arwah tak pernah pun dia meninggikan suara ataupun melihat arwah marah, malah dia yang banyak menyokong perniagaan saya dan memberitahu kepada rakan-rakannya yang lain.
"Sikapnya periang dan ada karisma sendiri kerana percakapannya tak pernah buat orang benci malah akan lebih terpesona," katanya.
Tambah Zainal, pemergian Allahyarham yang turut digelar 'Micheal Jackson Malaysia' kerana persembahan yang sentiasa memukau satu kehilangan besar terutama dalam industri seni dan sukar dicari ganti.
"Dulu arwah pun ada seorang rakan yang sama-sama menyanyi dari kampung sama iaitu Sheik Ali Sheik Abdullah, 66, namun telah pergi pada Ramadan lalu akibat kemalangan dan sekarang memang tak ada pelapisnya," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, beliau mengenali Allahyarham melalui persembahan dan apa yang menjadi ingatan adalah sikap Allahyarham yang sangat bersopan santun tidak mengira peringkat umur.
"Perwatakan Allahyarham sangat lembut apabila berbicara tidak kira sama ada bercakap dengan orang tua atau muda, dan itu yang menjadi ingatan saya selain sumbangannya yang menghiburkan kita selama ini," katanya.
Bagi Amran Mulop, 55, Allahyarham Mohamad Ali yang gemar menyanyikan lagu 'Kehilangan' dendangan Firman sentiasa membuat persembahan memukau dan kerana itu ramai yang mengiringinya ke tanah perkuburan termasuk anak-anak muda.
"Saya anggarkan hampir 1,000 orang yang hadir dan saya anggap pemergiannya kehilangan permata yang sangat berharga," katanya.
Selain itu ramai yang menzahirkan kedukaan mereka terutama di media sosial termasuk TikTok, Facebook dan Instagram selain memuat naik gambar Allahyarham yang turut disertai ucapan takziah kepada keluarga. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023

Allahyarham yang berasal dari Kampung Morten, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius
Cuaca Artik menyelubungi Rusia dengan suhu di hutan Siberia jatuh kepada -58 darjah Celsius.

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ - Mohamad Alamin
Walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan.
[TERKINI] Amaran ribut petir di Pajang, Negeri Sembilan, Melaka & Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Malaysia tolak keganasan dalam konflik bersenjata - Agong
Seri Paduka bertitah keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.

KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Kisah P.Ramlee bakal ke layar perak
Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

Meituan sahkan tidak berminat ambil alih foodpanda
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.

Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
AS sekat visa ekstremis Israel lakukan keganasan di Palestin
Amerika Syarikat umum akan mengenakan larangan visa kepada Israel jika terus melakukan keganasan di Tebing Barat. Menurut Setiausaha Negara Antony Blinken larangan visa terhadap ekstremis zionis yang melakukan keganasan kepada warga palestin selain kemusnahan tempat tinggal.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.