Para pembayar cukai di negara ini yang masih belum membuat pengisytiharan cukai pendapatan dinasihatkan supaya segera memanfaatkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini kerana, tiada tempoh lanjutan akan diberikan selepas tempoh PKPS berakhir esok.
Katanya, kerajaan sudah memberi tempoh mencukupi untuk pembayar cukai mengisytihar pendapatan masing-masing secara sukarela kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Justeru, katanya, mereka yang masih belum berbuat demikian perlu merebut peluang ini segera bagi mengelak dikenakan penalti yang lebih tinggi iaitu antara 45 dan 300 peratus.
"Esok adalah hari terakhir. Kita harap sesiapa yang hendak buat pelaporan, masih boleh bentangkan. Dan, sungguhpun tidak diluluskan, asalkan mereka bentangkan pada hari esok pun, akan dikira sah laku.
"Mereka yang laporkan cukai yang mereka lupa laporkan, atau tidak lapor sama ada sengaja atau tidak, esok adalah hari terakhir. Kita harap semua boleh guna kesempatan ini, kerana tidak ada lanjutan.
"Sungguhpun mereka bentangkan esok, ia masih sah, kerana mungkin proses akan makan masa dua minggu hingga satu bulan. Masih sah kerana ia dilaporkan pada 30 September, iaitu hari terakhir," kata Lim.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya 'Drive With Us' anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang di Stesen Minyak Petronas, Jalan Raja Uda, di sini, hari ini.
Mulai 1 Oktober depan, penalti minimum sebanyak 45 peratus akan dikenakan ke atas mana-mana pendapatan yang tidak diisytiharkan untuk tujuan pembayaran cukai.
PKPS yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 adalah inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan dan seterusnya berupaya mengurangkan ketirisan hasil negara.
Ia bertujuan memberi peluang kedua kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai untuk membuat pembetulan pelaporan cukai mereka dengan menawarkan kadar penalti rendah iaitu hanya 15 peratus bagi fasa kedua program itu.
Astro Awani
Sun Sep 29 2019

Lim berkata, mereka yang masih belum berbuat demikian perlu merebut peluang ini segera bagi mengelak dikenakan penalti yang lebih tinggi iaitu antara 45 dan 300 peratus. - Gambar fail

MOSTI setuju dasar larangan eksport REE dilaksana
MOSTI bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang dapat menjamin pulangan maksimum kepada negara.
AWANI Borneo [23/09/2023] - Jauh di mata dekat di hati | Jauhi kontroversi | Sekolah daif
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 23 September 2023 :
- Kembara Kenali Borneo nasih segar dalam sanubari Al Sultan Abdullah.
- Elak kontroversi! Fadillah ingatkan komponen GPS jaga hati anggota lain.
- Isu sekolah daif, Shafie Apdal harap sekolah kayu diganti konkrit.
#AWANInews #MalaysiaBangkit
#AWANIBorneo 23 September 2023 :
- Kembara Kenali Borneo nasih segar dalam sanubari Al Sultan Abdullah.
- Elak kontroversi! Fadillah ingatkan komponen GPS jaga hati anggota lain.
- Isu sekolah daif, Shafie Apdal harap sekolah kayu diganti konkrit.
#AWANInews #MalaysiaBangkit

Polis siasat dakwaan pelancong China ada kamera tersembunyi dalam hotel
Pihak polis mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan itu dan siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM
Tuduhan dalam mesej WhatsApp yang tular baru-baru ini yang turut mengaitkan dirinya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar.
Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2023 tarik lebih dua ribu pengunjung
Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2023 di Kota Belud, Sabah disifatkan sebagai lubuk rezeki buat peniaga, sementara penduduk luar bandar berharap karnival seperti ini dapat diadakan lebih kerap.
Misbah bangkit usahakan Egang-Egang selepas pandemik
Bagi yang inginkan suasana dan pengalaman mendamaikan, Egang-Egang Resort, Semporna adalah pilihan sesuai untuk percutian.
Ganti sekolah kayu kepada konkrit - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata lawatan beliau di beberapa kawasan di pedalaman Sabah memberi gambaran terdapat sekolah yang masih berstruktur kayu yang perlu diganti kepada konkrit dengan segera.
Wakil Kerajaan Sarawak akan sertai Majlis Tenaga Negara
Wakil Kerajaan Negeri Sarawak akan menganggotai Majlis Tenaga Negara baharu yang berfungsi untuk menetapkan hala tuju dan dasar strategik sektor berkenaan di seluruh negara.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan hasrat menerbitkan buku dan video pengalaman manis sepanjang kembara sejauh 2,154 kilometer yang menelusuri Lebuhraya Pan Borneo.
Fadillah ingatkan komponen GPS hormati anggota lain
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota komponen GPS agar tidak membuat keputusan yang boleh mengguris sensitiviti parti komponen lain sehingga mencetuskan kontroversi

Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.

Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.

Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.

Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.

Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.

RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.

Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.

Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.