Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan syarikat pelaburan strategik negara itu tidak melakukan pelantikan politik dalam urusan anggotanya.
Najib berkata, selama ini, semua urusan entiti itu adalah berpandukan kepada nasihat diberikan pengurusan dan lembaga pengarah, walaupun ia dipengerusikan oleh beliau selaku perdana menteri sebelum ini.
Malah, katanya, ada exco yang turut dipengerusikan timbalan pengerusi Khazanah dan semua anggotanya terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.
"Sebab itulah waktu saya ambil alih Khazanah, asetnya cuma RM33 bilion dan waktu saya tinggalkan Khazanah, ia telah lonjak hampir RM134 bilion.
"Namanya tersohor di antarabangsa...maknanya kita telah berjaya dari segi misi Khazanah," katanya kepada media selepas merasmikan Restoran Pok Usop Ayam Kampung di Setia Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kebimbangan rombakan Khazanah yang bakal dilakukan kerajaan.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya berkata, peletakan jawatan Pengarah Urusan dan ahli Lembaga Pengarah Khazanah membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat dana nasional tersebut berdasarkan polisi pentadbiran baharu yang sedia ada.
Dalam pada itu, Najib berkata, penubuhan Khazanah adalah bertujuan untuk menambah aset dan kekayaan negara.
"Bila Khazanah dapat keuntungan, ia mesti akan isytihar dividen kepada krajaan dan kerajaan gunakan untuk membantu rakyat," katanya.
Selain itu, katanya, Khazanah juga mempunyai agenda Bumiputera antaranya memberi biasiswa dan tempat kepada Bumiputera teknokrat.
"Ia bagi memberikan mereka peluang kendalikan syarikat yang punyai aset besar dan dapat menempa pasaran antarabangsa.
"Semua ini merupakan pengalaman yang cukup berharga sebab kita nak juga membangunkan golongan Buniputera profesional melalui agensi atau badan-badan seperti Khazanah," katanya.
Ditanya sama ada Khazanah merupakan tindakan rombakan dendam politik kerajaan baharu, Najib berkata, 'tidak pasti...tengok apa kesudahannya'.
Sinar Harian
Sat Jul 28 2018
Najib berkata, selama ini, semua urusan Khazanah Nasional adalah berpandukan kepada nasihat diberikan pengurusan dan lembaga pengarah. - BERNAMA/Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti
Khazanah Nasional melancarkan inisiatif #BerbudiBersama, siri program jangkauan komuniti yang berlangsung di seluruh negara.
UEM Group lantik Hisham sebagai Pengerusi, Amran selaku Pengarah Urusan
UEM Group Bhd menamakan Datuk Hisham Hamdan sebagai Pengerusi dan Datuk Amran Hafiz Affifudin selaku Pengarah Urusan berkuat kuasa hari ini.
Khazanah Nasional lancar #BerbudiBersama sempena 30 tahun majukan Malaysia
Inisiatif ini bermatlamat mempererat hubungan dengan masyarakat, menggalakkan kerjasama yang lebih besar, dan penciptaan impak untuk Malaysia yang lebih sejahtera.
42 Malaysia: Platform pembelajaran rakan setara, memacu pembangunan tenaga mahir digital negara
Program 42 Malaysia (42MY) menjadi medium utama dalam melahirkan tenaga mahir sektor digital dalam negara.
Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan
Kerjasama bersama Antler merupakan pelaksanaan terbaru bagi sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai 'Future Malaysia Programme' untuk menyokong ekosistem pemula tempatan.
Usaha bersepadu dalam setiap kerjasama kunci kejayaan Khazanah
Kejayaan itu juga hasil dari pandangan konkrit tentang kesan yang ingin dilakukan.
Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak
Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners dan 500 Global.
Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah
Pelaburan pemangkin untuk jangka masa sederhana dan panjang itu bakal mengukuhkan daya tahan negara sekali gus menjana pertumbuhan.
Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir
Khazanah Nasional mengumumkan sumbangan RM5 juta untuk sokongan kepada mangsa banjir.