awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak

Bernama
Bernama
22/12/2022
07:01 MYT
Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak
Anggota polis sudah diarah melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan dikenal pasti terjejas akibat banjir, ketika mangsa masih berlindung di PPS. - Sinar Harian
BAGAN DATUK: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pecah rumah atau kecurian harta benda melibatkan mangsa bencana yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sepanjang musim banjir yang bermula sekitar bulan Oktober lepas di beberapa daerah di Perak.
Ketua Polis Negeri Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis sudah diarah melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan dikenal pasti terjejas akibat banjir bagi memastikan harta benda mangsa banjir sentiasa terpelihara.
"Kita sentiasa menyusun pasukan pencegahan jenayah daripada setiap Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk mengawal kawasan kediaman penduduk," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kotak makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini hari ini.
PPS SK Sungai Tiang Darat merupakan PPS tunggal di Perak yang dibuka pada 16 Dis lepas, yang menempatkan 26 mangsa banjir daripada 12 keluarga dari Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang Darat, Kampung Sungai Nipah Darat, Kampung Parit Mati serta Kampung Tebuk Haji Karim.
Mohd Yusri berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk berpindah ke PPS kerana tahap keselamatan kediaman mereka terkawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#kes pecah rumah
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan