awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada mogok di Perak, 100 peratus doktor kontrak bertugas seperti biasa - Exco

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/04/2023
00:00 MYT
Tiada mogok di Perak, 100 peratus doktor kontrak bertugas seperti biasa - Exco
Sivanesan bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di Ipoh, malam tadi. - Foto Astro AWANI
IPOH: Operasi kesihatan di hospital seluruh Perak berjalan seperti biasa pada Isnin dan doktor kontrak mencatatkan kedatangan seratus peratus.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim.
Menurutnya, berdasarkan semakan yang dibuat, tiada seorang pun daripada 1,611 doktor kontrak di Perak yang mengambil cuti, termasuk cuti kecemasan.
“Kesemua doktor kontrak hari ini telah datang kerja 100 peratus. Jadi isu berkaitan mogok-mogok doktor ini sengaja diada-adakan, untuk takutkan rakyat.
“Jadi (saya minta) polis menyiasat siapakah belakang semua ini (kerana) sehingga hari ini tidak disebutkan siapakah penganjur mogok ini, siapakah ketua mogok ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini malam tadi.
Menurut Sivanesan, Perak mempunyai 1,611 doktor kontrak, termasuk lebih 400 doktor pakar dan lebih 200 doktor pelatih.
Pada Ahad, media melaporkan kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula Isnin, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.
Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.
Katanya, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula Isnin dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#mogok
#Mogok Doktor Malaysia
#A Sivanesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan