awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang asyik tukar PM - Wong Chun Wai

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2021
08:06 MYT
Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang asyik tukar PM - Wong Chun Wai
Negara perlu terus merangsang pembangunan ekonomi, menjadikannya lebih dinamik agar dapat menampung kehilangan daripada FDI. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin dengan keadaan dalam negara ini terutamanya apabila melihatkan krisis politik yang seakan tiada kesudahannya.
Penasihat akhbar The Star Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, Malaysia sebelum ini boleh berbangga mengatakan mereka ada pemerintahan yang stabil namun kini, ayat sebegitu tidak lagi boleh membantu negara menarik minat pelabur.
Tegasnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya memiliki majoriti tipis dan pada masa sama diasak parti kawan dan lawan.
BACA: Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
BACA: Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih
“Situasi sebegitu harus ditangani segera kerana tiada ahli perniagaan ingin bekerjasama dengan negara yang asyik bertukar Perdana Menteri.
“Perubahan tampuk pemerintahan juga akan membawa pelbagai perubahan dasar dan polisi.
“Malah, rakyat juga kini muak dan bosan dengan ahli politik yang hanya sibuk merancang untuk mendapatkan kuasa pada waktu sukar sebegini,” katanya seperti dilaporkan The Star pada Ahad.
WEF 2021 | Pelaburan dan perubahan ikim terus dibincang
Dalam pada itu, laporan baru-baru ini menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) negara berada pada tahap membimbangkan, turun sehingga 68 peratus.
BACA: Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Justeru, katanya, negara perlu terus merangsang pembangunan ekonomi, menjadikannya lebih dinamik agar dapat menampung kehilangan daripada FDI.
“Meskipun ia mungkin mengambil masa namun perancangan rapi harus dilakukan bagi membantu memulihkan ekonomi negara,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#Perdana Menteri
#ekonomi
#politik
#kerajaan
#rakyat
#pelaburan
#menteri
#pelabur
#luar negara
#FDI
#pelaburan asing
#Wong Chun Wai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan